Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Sesetengah orang menonjol identitinya, baik dari luaran dan sebaliknya. Namun, mengikut fenomena umum, jika seseorang itu mempunyai kelemahan yang nyata, biasanya, beliau juga memiliki kelebihan yang ketara juga. Contohnya, orang buta mempunyai kelebihan dari segi pendengaran yang lebih sensitif daripada orang yang normal.
Ketepatan teori pemikiran daripada orang lain adalah ditentukan oleh anda sendiri. Begitu juga dalam lingkungan isu cinta. Sekiranya anda suka kelebihan pasangan anda, anda juga harus menerima kelemahannya. Kadang-kala, kelemahan seseorang memainkan peranan lebih dalam sesetengah perkara. Jika anda ingin cuba mengubah sikap pasangan anda selepas bercinta ataupun kahwin, janganlah hairan jika anda rasa letih dan cedera dan akhirnya boleh membawa kepada perpisahan.
Namun, adalah tidak mudah jika anda ingin menjadi seseorang yang hanya memiliki kelebihan dan tiada kelemahan langsung. Seperti kata:”Tiada manusia yang sempurna”. Setiap manusia mesti ada kelebihannya sendiri. Kita mesti belajar untuk menghayati setiap orang di sisi kita. Kelemahan yang ada pada seseorang tersebut tidak menunjukkan dia seorang yang jahat. Tiada orang lahir untuk jadikan orang jahat. Kelemahan seseorang selalunya disebabkan atau dipengaruhi oleh persekitarannya. Kita perlu belajar untuk melihat kelebihan dan bukan hanya kelemahan seseorang. Adalah lebih senang untuk kita menemui kelemahan orang lain berbanding kelebihan orang tersebut. Justeru, adalah penting bagi kita menggunakan hati semasa meneliti seseorang daripada menggunakan mata sahaja.
Dalam kehidupan realiti, manusia menggunakan hati untuk meneliti kelebihan dan kekurangan seseorang semasa bergaul sesama kita. Namun, disebabkan sifat mementingkan diri sendiri, selalunya kita menentukan sifat seseorang mengikut pandangan kita. Jika kita menyukai seseorang, semua kelemahannya kita akan lihat sebagai kelebihan dan sebaliknya. Justeru, kita perlu belajar untuk memuji kelebihan seseorang dan memberi nasihat dalam mengurangkan kelemahannya. Selalu memberi pujian kepada pencapaian orang lain juga membantu kita mendapat sambutan dan kehormatan daripada orang ramai. Lebihkan pujian, jauhi kritikan, hubungan mesra sesama diri.
Setiap orang ingin memainkan peranan kendiri yang sempurna. Kita mesti memaksimumkan penggunaan kelebihan dan memperbaiki kelemahan diri. Menjadikan kelebihan orang lain sebagai panduan, memiliki hati yang selalu menghayati rezeki orang lain. Berusaha menangani kelemahan kendiri untuk meningkatkan kualiti sendiri.
Tuhan mencipta kita mengikut cara Dia. Tak kira sebarang peranan yang dimainkan oleh kita, Tuhan tetap mencintai kita. Tuhan tidak akan mengabaikan kita disebabkan kelemahan yang ada atau lebih suka kita sebab kelebihan yang ada. Kita kena belajar bersyukur dengan kelebihan yang Tuhan kurniakan kepada kita. Walaupun kita betul-betul lemah dan tidak sehebat orang lain, kita perlu belajar memperbaiki kelemahan dan berusaha menggunakan kelebihan kita. Dalam mata Tuhan, setiap orang adalah unik. Walaupun kita rasa tidak sempurna, tetapi dalam mata Tuhan, kita sangat bernilai.
Cerpen: Belajar meneliti kelebihan orang lain.
Seekor gajah keluar melancong. Dalam perjalanannya, si gajah tadi terjumpa si babi. Si gajah meneliti si babi lalu mentertawakan ia: Hahaha! Hidung awak amat pendek! Sungguh lucu! Si babi tidak mahu kalah lalu melawan balik: Lawakkah? Hidung awak pula sangat panjang, seperti ekor di atas muka, ketawa pula saya. Mereka berdua saling mentertawakan sesama diri sambil meneruskan perjalanan.
Kemudian, mereka sampai di depan sepohon epal. Pokok epal tersebut penuh dengan buah epal yang besar dan merah. Dua ekor binatang tersebut menahan air liur mereka kerana melihat keenakan epal tersebut. Si gajah pergi ke bawah pokok. Dengan mudahnya, ia menggunakan hidungnya yang panjang untuk memetik buah epal dari pokok. Si gajah dan si babi tersebut makan buah epal dengan amat gembira.
Si babi sambil makan sambil memuji si gajah: Rupa-rupanya hidung awak tidak membencikan bah…. Hehehe…..
Selepas menikmati epal, mereka meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan, mereka sampai ke tanah yang ditanami ubi.
Si babi: Tengoklah kehebatan saya.
Si babi menggunakan hidungnya untuk menggali semua ubi yang ada di dalam tanah. Kemudian, kedua-dua haiwan tersebut makan ubi dengan gembira.
Si gajah sambil makan sambil memuji si babi: Rupa-rupanya hidung awak tidak membencikan juga…. Haha…..
Cerita ini membawa pengajaran kepada kita bahawa jangan selalu berfikir bahawa diri kita yang terbaik. Jangan selalu melihat kesilapan orang lain, kita mesti belajar untuk melihat kelebihan orang lain, serta belajar daripada satu sama lain.
Bertindak mengikut keupayaan diri dalam segala-galanya
Dalam kehidupan, kita sering menghadapi fenomena di mana sesuatu perkara sudah cukup sempurna, namun, masih terdapat segolongan manusia ingin menjadikannya lebih baik daripada yang sedia ada. Kadang-kala, kita merasakan diri kita telah mencuba dengan sedaya-upaya, namun ibu bapa dan guru-guru seolah-olah merasakan bahawa kita masih tidak melakukan yang secukupnya, serta berharap kita boleh melakukan dengan lebih baik.
Boleh dirumus bahawa di mana ada kehidupan, di situlah ada perjuangan dengan semangat yang tidak mudah berpuas hati, berdaya usaha, dan selalu mengejar kecemerlangan. Semangat ini amat baik tetapi dalam kehidupan sebenar, pemikiran sedemikian sering mendorong kepada kesan membuat keputusan secara terburu-buru.
Dalam pelbagai jenis permainan, saya mendapati bahawa pemenang lompat tinggi ada sedikit berbeza dengan yang lain. Hal ini demikian kerana atlet lompat tinggi selalu mencabar had mereka sendiri untuk mencatat rekod lompat tinggi yang baru.
Dalam kehidupan masing-masing, seseorang perlu mengetahui keupayaan diri untuk mengelakkan kekesalan berlaku. Sepanjang perjalanan kehidupan, pasti terdapat ramai yang berperanan sebagai Staf Jeneral. Namun, pandangan orang lain hanya boleh digunakan sebagai rujukan dan bukannya digunakan untuk membuat keputusan. Seseorang perlu membuat keputusan peribadi mengikut dasar keadaan kendiri.
Di bawah langit biru yang sama, persekitaran yang sama, guru-guru yang sama, disebabkan bakat yang berbeza, korbanan yang berbeza, pulangan rezeki yang berbeza, membawa kepada keputusan terakhir yang berbeza. Kita mesti menerima hakikat ini. Kebaikan dan keburukan setiap individu adalah berbeza. Jika anda mahu terlibat dalam bidang baru, anda mesti belajar bertindak mengikut keupayaaan anda dalam segala-galanya. Kita tidak boleh bertindak membuta tuli dengan melakukan perkara yang merupakan kemahiran orang lain tetapi bukan diri kita sendiri. Kita perlu mengenal pasti kelebihan diri sendiri daripada orang lain sebelum bertindak sesuatu.
Tuhan tidak memerlukan kita untuk melakukan segala-galanya dengan seratus peratus, tetapi meminta kita untuk melakukannya dengan memasukkan segala usaha. Apabila kita lemah, Tuhan memberi kita kekuatan yang baru untuk memulakan perjalanan kita semula.