Jangan Saling Menyerang Terdapat orang yang saling menyerang apabila bertengkar. Kita mudah dicetus untuk menyerang balik pada saat diserang disebabkan oleh kesakitan yang dirasai. Oleh itu, kita akan terlajak kata dan membuat serangan yang tidak berkaitan dengan isu berbangkit. Contohnya, menggunakan kata-kata yang merendahkan orang seperti,“Otak udang”, “Orang hina” dan sebagainya. Ini tidak dapat menyatakan perasaan dan pandangan kamu dengan jelas. Sebaliknya, ini akan menimbulkan lebih banyak masalah seperti mencurah minyak ke dalam api.
Elakkan Keinginan untuk Menang Keinginan untuk mengalahkan pasangan adalah dilarang ketika bertengkar kerana ini bukan perbicaraan di mahkamah. Perkara yang penting ketika bertengkar adalah mencari punca-punca yang menyebabkan pasangan berasa tidak gembira. Seterusnya, kita berusaha mencari penyelesaian supaya ia tidak berulang lagi. Bertengkar bukan untuk menang. Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.
Jangan Mengungkit Kesalahan Lampau Setiap pertengkaran perlu diiringi dengan kesimpulan dan mencari jalan penyelesaian. Pertengkaran yang tamat secara mendadak akan meninggalkan konflik yang tidak diselesaikan. Kesalahan lampau ini akan diungkit dalam pertengkaran seterusnya. Akhirnya, kedua-dua pihak sudah lupa punca pertengkaran dan masalah tetap belum diselesaikan. Ini menyebabkan kedua-dua orang berasa perangai mereka tidak sepadan dan akhirnya berpisah.
Mencari Punca Pertengkaran Bak kata pepatah, ada angin, ada pokoknya. Kedua-dua pihak perlu berfikir punca pertengkaran dan meluahkan perasaan dan menyatakan fikiran masing-masing selepas bertenang. Adalah paling baik jika kaedah penyelesaian dapat ditemui. Jika tidak, persefahaman antara satu sama lain perlu diwujudkan supaya tidak mecetuskan kemarahan pada masa kelak.
Mesti Membuat Kesimpulan Orang yang berasal dari latar belakang yang berbeza memerlukan masa untuk saling memahami. Pertengkaran merupakan satu peluang untuk saling memahami tetapi dengan syaratnya ada kesimpulan didapati pada akhir pertengkaran. Ini baru dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak. Jika seseorang memilih untuk mengelakkan situasi atau tidak berterus-terang, maka pertengkaran akan berlaku lagi apabila bertembung dengan situasi yang sama pada masa kelak.
Sumber artikel:Oriental Daily News,15/11/2018 https://www.orientaldaily.com.my/index.php/news/shlx/2018/11/15/267639