Seni Bertengkar 

Pertengkaran adalah satu hal yang tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan. Setiap pasang suami isteri mesti belajar seni bertengkar. Pertengkaran yang sihat atau tidak sihat memberi kesan yang amat berbeza dalam perkahwinan. Kuncinya ialah bagaimana suami isteri menyatakan pendapat sendiri.

Pertengkaran yang tidak sihat adalah sering menyerang kelemahan sifat pasangan. Contohnya: “Kamu tidak pernah membuat apa-apa.” atau “Saya tidak faham kenapa saya boleh berkahwin dengan kamu!” atau “Kamu semakin bersifat seperti mak kamu!” Kata-kata sebegini adalah serangan peribadi.

Pertengkaran yang sihat adalah bertengkar mengenai perkara yang mencetuskan pertengkaran. Contohnya: “Saya berasa marah kerana kamu tidak beritahu dengan awal bahawa kamu tidak akan balik untuk makan.” Atau “Saya tidak faham kenapa kamu memalukan saya di depan orang ramai semalam.” Adakah kamu dapat lihat perbezaan di antara kedua-dua ini? Kedua-duanya melibatkan reaksi emosi yang sengit, tetapi pertengkaran yang sihat fokus kepada sumber masalah dan bukan kelemahan sifat pasangan. Apabila suami isteri dapat membezakan antaranya, maka mereka dapat menyatakan pendapat masing-masing dengan bebas dan menyelesaikan perselisihan faham dan bukannya mencederakan harga diri masing-masing.

Sumber artikel:Majalah Focus on the Family Malaysia
Artikel ini adalah hak milik Focus on the Family Malaysia Sdn. Bhd
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:Focus on the family Malaysia
Tel:03-7954 7920 Fax:03-7954 7858
Emel:focus@family.org.my Web:www.family.org.my
Facebook [focusonthefamilymalaysia] Twitter [familiesMY]

About the author