Awal pagi Hari Sabtu, masih belum bangun dari katil, bunyi telefon
mengganggu mimpi saya. Rupa-rupanya, Ibu sayalah yang bertelefon, “Inginkah bawa anak-anakmu balik makan sup daging petang ini?”
“Tetapi saya sudah berjanji dengan mereka pergi Mc-Donald hari ini!”
Dia tidak menyerah, “Jimatlah duit itu! Pandu kereta balik hanya sepuluh minit.”
Saya berfikir, “Mereka mestilah lebih menyukai hamburger daripada sup daging.”
Memang, semasa saya berfikir, anak sulung dan anak bongsu saya membuat aksi untuk menunjukkan mereka ingin pergi makan sarapan pagi dekat luar.
Jadi, saya beritahu ibu, “Bolehkah kami bincang dulu, dan saya akan bertelefon kepada ibu.”
Ibu jawab dengan suara kecewa, “Bolehlah!”
Selepas meletakkan telefon, anak-anak semua bersuara, “Tak maulah! kita sudah ada janjian pergi Mac-Donald.”
Saya beritahu mereka, “Nenek bukan ingin kita balik makan sup daging, tetapi rindu kita.”
“Tetapi minggu lepas kita sudah balik rumah nenek, kan?”
Saya tahu memang tidak munasabah kalau ingin menukarkan rancangan kita, jadi saya berkata, “Kalau suatu hari nanti, saya sudah tua, pun akan bertelefon kepada kamu dan berkata, ‘Anak! Ingin balikkah? Saya sudah buat kek, bawalah anak-anak balik!’ Kalau anak menjawab, ‘Kek boleh beli mana-mana saja, saya tidak ada masa!’ Saya akan rasa sedih sekali.”
Anak perempuan yang berusia empat itu jawab dengan segera, “Tidak. Saya akan balik.” Kesimpulannya, kami membuat keputusan bahawa, masa makan sarapan pagi ikut rancangan yang telah dirancangkan, waktu malam baru pergi rumah nenek.
Ibu rasa gembira, dia berkata, “Jadi malam ini saya masak sup daging.”
Hari itu, selepas saya balik dari tempat kerja, bersama dengan anak-anak dan suami, kami balik ke rumah ibubapa, mereka rasa memang gembira. Kami makan suo daging dan berbual-bual bersama. Ibu mula bercerita tentang kesakitan bahunya.
Saya bertanya, “Ada pergi buat rawatan pemulihan?”
“Ada, tapi tidak berguna.” Saya berperasaan kuat bahawa apa yang ibu perlukan bukanlah rawatan, tetapi ingin anak-anaknya mengambil berat kepadanya.
Ibu sentiasa menjaga kebersihan. Tetapi dalam dapur, saya terjumpa periuk yang dikasihi olehnya itu sudah dilekat dengan satu lapis minyak yang kotor. Saya pun cuci periuk itu dengan satu berus besi. Saya fikir, ibu mestilah tidak berdaya untuk cuci kekotoran itu lagi.
Dia pernah menggunakan tangannya merangkul saya sambil memasak, dia pun menggunakan tangannya untuk membersihkan setiap pelosok rumah ini.
Tangannya pun pernah memegang stereng kereta untuk mendapat rezeki, dialah pemandu teksi perempuan yang pertama di Taichung. Sekarang dia sudah tua, tangannya pun kurang berdaya, tetapi masih menahan kesakitan untuk memasak sup daging dan mihun untuk kami.
Walaupun saya sibuk, saya ingin balik mencuci periuk untuknya. Saya pun berharap suatu hari nanti, bila saya sudah tua, tangan menjadi lemah, anak-anak saya pun akan balik mencuci periuk untuk saya.
Janganlah hanya mengambil berat terhadap anak-anak sendiri, kita akan tua suatu hari nanti!
Ada satu poster bertulisan bahawa, “Kita ingat gigi yang pertama anak sendiri tumbuh keluar semasa berusia satu tahun, tetapi tidak ingat bila gigi terakhir bapa sendiri gugur.”