Zaman Menghibur Diri Sampai Mati 

Penulis: 赵愿鸿

Penularan Budaya Kesat

Zaman ini merupakan zaman yang selaginya terdapat isi kandungan, terdapat aliran dan segala kandungan boleh “direalisasikan”. Isi kandungan tidak menakutkan. Apa yang menakutkan ialah masyarakat yang menyokong isi kandungan yang kesat. Media juga akan memenuhi kehendak ramai dan akhirnya wujudnya “kitaran kesat”.

Pada Disember 2020, seorang selebriti Rusia bertaruh dengan warganet. Demi USD1000, dia mengurung kawan perempuannya di luar rumah dan akhirnya kawan perempuannya yang sedang mengandung mati kesejukan.

Pada hari April Fool 2021, sekumpulan selebriti Malaysia mencipta cerita palsu tentang “kehilangan dalam hutan” demi meningkatkan aliran carian. Dengan menggunakan beberapa platform media sosial, mereka berjaya menarik perhatian masyarakat dan “notis pencarian orang” ini berjaya menjadi carian tertinggi. Pada masa yang sama, dua orang selebriti Malaysia berbohong bahawa mereka dijangkiti COVID. Apabila perkara berkembang menjadi serius, mereka pun memohon maaf secara terbuka dalam klip video. Meminta maaf selepas membuat kesalahan seolah-olah sudah menjadi kebiasaan selebriti Malaysia.

Pada tahun 2021, kes percubaan membunuh diri seorang selebriti telah menjadi berita utama di negara kita, malah aliran cariannya telah menutup kes Ain yang membantas gangguan seksual di sekolah, konflik Israel-Palestin, kes COVID dan sebagainya. Setiap hari warganet menanti perkembangan cerita di Instagram. Berbanding dengan artikel yang panjang, drama yang tidak memerlukan pemikiran lebih menarik perhatian warganet.

Mujurnya, masih terdapat sekumpulan penulis yang berkualiti di negara kita yang tetap mengkongsikan ilmu pengetahuan kepada orang. Mereka tetap mencipta hasil yang bermutu dan benar dalam zaman menghiburkan diri sampai mati.

Cuba fikir, mengapa isu semasa masyarakat, negara dan antarabangsa tidak mendapat begitu perhatian berbanding dengan berita selebriti? Topik hiburan telah mendapat lebih banyak perhatian berbanding dengan isu-isu semasa. Adakah kita sedang berjalan ke jalan menghiburkan diri sampai mati?

Sumber artikel:董总《中学生335期》

About the author