Adakah hati kamu telah sakit 

Adakah hati kamu telah sakit?    

Adakah kamu selalu rasa tidak dapat bernafas

kerana tertekan? Adakah kamu hanya menanggung tekanan tetapi tiada cara penyelesaian yang baik? Ataupun kamu ingin gembira tetapi rasa tertekan, rasa dunia gelap? Adakah kamu meluangkan masa untuk membuat penyelidikan diri, kenapakah saya ada perasaan sebegini?   

 Pertubuhan kesihatan sedunia berkata, ada tiga penyakit pada tahun 2020 perlu dipentingkan, termasuk: penyakit kardiovaskular, kemurungan dan AIDS. Kepentingan penyakit kardiovaskular dan AIDS difahami orang, kenapa ia kemurungan perlu diberi perhatian? Kadang-kadang ada artikel yang melapor bahawa orang ternama kemurungan, ada berita tentang orang bunuh diri kerana kemurungan. Adakah kemurungan begitu menakutkan? Kenapakah ia membunuh orang?

Apakah itu kemurungan?    

Kemurungan adalah sejenis penyakit yang akan menyebabkan depresi, membuat kamu tidak berminat pada benda yang mula-mulanya berminat, ingin menjauhi orang ramai, tidak berdaya; perasaan ini tidak sama dengan perasaan yang biasa. Kemurungan boleh membuat orang tiada harapan kepada masa hadapan, keadaan yang lebih serius akan mengakibatkan orang bunuh diri.    

Kemurungan sebenarnya perasaan yang biasa, orang akan rasa sedih apabila mengalami kegagalan, kecewaan, apa yang tidak diingini, tetapi kalau perasaan kemurungan keterlaluan, masa lebih lama, tidak dapat dikembali, tidak dapat dikawal, perlu berhati-hati, mungkin tanda-tanda kemurungan. Mengikut kriteria diagnostik kemurungan ada sembilan, sekurang-kurangnya mempunyai empat tanda melebihi dua minggu, kebanyakan masa begitu, maka perlu berhati-hati adalah kemurungan. Tanda-tanda termasuk:

  • Mood tidak baik: Tidak gembira, cepat marah, tertekan
  • Minat dan kegemaran berkurang: tidak lagi berminat
  • Berat badan menurun (atau menambah); selera makan menurun (atau meningkat)
  • Tidak dapat tidur (atau suka tidur): sukar tidur atau ingin tidur setiap hari
  • Refleksi perlahan (mempercepat): ingin berbaring di atas katil seharian, kekuatan fizikal merosot
  • Tiada rasa nilai atau dosa: rasa hidup tidak bermakna, menyalahi diri sendiri, semunya fikiran buruk
  • Tidak dapat menumpu perhatian, tidak dapat membuat keputusan: tidak dapat berfikir, teragak-agak, tidak dapat menumpu perhatian
  • Kerap berfikir tentang kematian, malah bercadang, ada niat bunuh diri

Persepsi umum yang salah terhadap kemurungan    

Jadual di bawah merupakan persepsi umum yang biasanya dilihat dengan keadaan sebenar:

Persepsi salah

  1. “Kemurungan sebenar tidak wujud”, “Ia hanya fikiran yang bukan-bukan”, “kamu hanya malas untuk bergerak”
  2. “Kemurungan akan sumbuh dengan semula jadi”, “Rawatan tidak berguna” ,“Biar ia hilang dengan semula jadi”
  3. “Kanak-kanak tidak akan kemurungan”
  4. “Kemurungan hanya akan muncul semasa tertekan. Contohnya. Kamu baru menamatkan satu perkahwinan atau hilang kerja”
  5. “Tidak dapat diselamat kalau kemurungan pun tidak boleh mengatasi”
  6. “Hanya orang yang kemurungan serius atau ada niat bunuh diri baru sahaja perlu perubatan”

Keadaan sebenar

  1. Kemurungan adalah penyakit otak. Pakar percayai kemurungan disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia tertentu otak. Kemurungan biasanya bukan disebabkan oleh satu faktor, punca mungkin adalah gen, perkara yang mengakibatkan tekanan, kesakitan, kesan sampingan ubat juga mungkin mengakibatkan ketidakseimbangan.
  2. Hanya sedikit orang boleh menangani kemurungan dengan usaha sendiri, tetapi kebanyakan orang perlu rawatan dari doktor. Secara umumnya, pesakit kemurungan boleh sembuh selepas rawatan professional dan kembali ke kehidupan dan tempat kerja mereka yang asal. Tetapi kalau tiada rawatan professional, kemurungan mungkin akan menerus selama beberapa bulan atau beberapa tahun.
  3. Orang yang mengalami kemurungan tidak ada kaitan dengan umur, kaum, taraf masyarakat atau jantina
  4. Kemurungan mungkin kerana tekanan perkara, tetapi sebenarnya ramai perkara mungkin mengakibat kemurungan, tidak kira kesan sampingan ubat, ketidakseimbang hormon, baru melahir, menggunakan ubat dan alcohol, ada yang puncanya tidak jelas.
  5. Kemurungan merupakan penyakit ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak, tiada kaitan dengan personaliti pesakit.
  6. Rawatan perubatan boleh membantu pesakit yang kemurungan, malah boleh menyembuhkan kemurungan.

Kenapakah seorang akan mendapat kemurungan?     

Saintis menyelidik punca kemurungan, mendapati ia adalah satu penyakit yang ada banyak punca. Punca-punca kemurungan termasuk:

  1. Faktor biologi: neurotransmitters, endokrin, struktrur otak dan lain-lain;
  2. Faktor gen: sejarah penyakit yang berisiko tinggi
  3. Faktor psikososial: tekanan kehidupan, personaliti sebelum sakit, kehilangan ibu bapa sejak kecil, kecewa, tiada nilai, tidak berdaya, perspektif yang salah…

Kadang-kadang kemurungan ada kaitan dengan kecederaan besar, tekanan, kekecewaan, kerana tamparan yang hebat.Kadang-kadang tiada apa yang berlaku, kemurungan tanpa sebab. Ada wanita juga kemurungan selepas bersalin.Kadar mendapat kemurungan tinggi bagi penyakit kronik dalam masa yang jangka.

Apakah yang akan berlaku selepas mendapat kemurungan?    

Kemurungan kadang-kadang seperti kesejukan, ia akan sembuh kalau tidak diubati, tetapi akan mendapat jangkitan itu semula. Tetapi kemurungan lebih teruk daripada kesejukan. Jangka kemurungan biasanya enam hingga tiga belas bulan, pesakit akan rasa susah hati kalau tidak diubati, susah gembira, susah mengekal fungsi badan, malah tidak fikir keterbukaan. Melalui rawatan yang berpatutan, kemurungan dapat diperbaiki, kehidupan cerah kembali. Separuh daripada pesakit hanya kemurungan sekali seumur hidup, yang separuh lagi ada dua kali (atau lebih daripada dua kali).

Apabila kemurungan apakah yang boleh dilakukan selain rawatan ubat?

  • Berani memberitahu orang lain kamu kemurungan

Bercakap dengan jujur kepada pasangan atau kawan di sekeliling bahawa kamu kemurungan, pada masa yang sama beritahu mereka kamu sakit, sedang diubati, agar mereka sabar dengan kamu.Berani memberitahu sebarangan keperluan, tidak kira sama ada kamu perlu mereka membawa kamu pergi berjumpa doktor, atau memerlukan orang menemani kamu, atau bersenam dengan kamu atau melakukan sesuatu yang membuat kamu lega.

  • Bersenam mengekalkan kandungan oksigen dalam badan

Senaman aerobik selain boleh menguatkan badan, juga ada kesan terhadap kemurungan kurang serius. Kerana senaman aerobik boleh menambah kandungan oksigen dalam badan, boleh membantu kawalan emosi, apabila manusia bernafas, oksigen dalam badan boleh membuat sel otak bertenaga, apabila otak cergas, keupayaan berfikir meningkat. Contohnya, joging, berenang, menunggang basikal di dalam bilik, tarian aerobik juga merupakan pilihan yang baik.Doktor juga mengesyor tidak kira apa jenis senaman asalkan diri sendiri suka, ada minat dan badan boleh menanggung, lebih baik tiga kali seminggu, setiap kali sekurang-kurangnya tiga puluh minit, meneruskan lebih empat minggu bagi orang yang kemurungan adalah rawatan yang baik.

Kesimpulan

    Ia normal mengalami kekecewaan kerana halangan atau masalah dalam kehidupan yang sibuk seharian. Apabila kemurungan, kita harus belajar tidak membiarkan emosi menurun. Kita patut mencari kuasa yang boleh mengatasi kemurungan secara aktif. Kuasa ini boleh boleh menghapuskan kemurungan dalam jiwa kamu, memberi kamu harapan.
    Adakah kamu ketahui sumber kuasa ini? Kamu juga berharap dapat memiliki kuasa ini? Asalkan kamu ingin, kuasa ini sentiasa ada. Tuhan juga rela memberi bantuan kepada kamu bila-bila masa. Cara mendapat kuasa ini mudah, kamu hanya perlu mengakui had kamu, rela membuka hati kamu, menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat dan tuan kehidupan kamu, maka kamu dapat memperolehi rahmat ini.
    Kalau kamu rela, kamu boleh buat doa berikut:

Tuhan yang disayangi,Saya percayai: kamu satu-satunya Tuhan yang benar, Kamu pernah mengarah anak sayang Yesus Kristus, disalib demi dosa saya, bangkit semula selepas tiga hari, selamatkan saya dari kematian dan dosa kuasa kejahatan. Saya mengiktiraf: Saya berdosa di hadapan Kamu.。 Saya rela: Membuka pintu hati menerima Yesus sebagai penyelamat dan tuan kehidupan saya. Saya bertekad: Mengikuti dan patuh pada Yesus, mematuhi kata Kamu dengan rahmat Tuhan.Terima kasih kerana mendengar doa saya, dalam nama Yesus Kristus saya berdoa. Amen!

Kalau kamu memerlukan orang menemani kamu, kamu boleh menghubungi pusat kaunseling kita melalui tekefon, e-mail atau surat.

Daerah Sibu / Sibu

Pusat Kebahagian Sibu / Sibu Wellness Centre

Telefon: 084-333060

Fax:084-312066

Talian Kaunseling: 084-333-360

Alamat: 5A, Jalan Melor, Brooke Drive 33, 96000 Sibu.

E-mail: welloctr@gmail.com
Daerah Kuching / Kuching

Pusat Rahmat Kuching / Kuching Grace Centre

Telefon: 082-258411

Fax: 084-256411

Talian Kaunseling: 084-256411

Alamat: P.O.Box A415, 93808 Kuching. 1st Floor, ACS Building, Jalan Stampin, 93350 Kuching.

Daerah Miri / Miri

Pusat Suara Hati Miri / Miri Sincere Centre

Telefon: 085-433359

Fax: 085-433359

Talian Kaunseling: 085-433359

Alamat: 5C, 1st Floor,Merbau Road,98000 Miri.
Daerah Bintulu / Bintulu

Pusat Harapan Bintulu / Bintulu Turning Point Center

Fax: 086-318 880

Talian Kaunseling: 086-312 280

Alamat: Sublot 35, 1st Floor Tg,Batu Commercial Centre,97000 Bintulu.
Rujukan:

About the author