Pastor Yi Jing berlari dengan gembira ke pejabat saya dan berkata: “Pendeta, tengok!” Wah! Dia menatang seekor burung yang cantik di atas tangannya.
Saya pun menanya di mana dia menangkap burung itu. Dia berkata sedang Kak Ting Hua membersihkan gereja, tiba-tiba terdengar bunyi “puk” dan ternampak burung ini terlantar di bawah pintu kaca. Lalu dia pun menangkapnya dan membawanya ke pejabat untuk berkongsi dengan kami tentang kecantikan burung ini.
Burung itu memang cantik sekali. Paruh merah yang panjang, bulu merah hitam dan sepasang kaki merah menjadikannya sangat comel. Kini, dia berada di atas tangan manusia. Dia langsung tidak dapat bergerak, apatah lagi mengepak sayap dan menerbang tinggi. Ia hanya dapat menggerak-gerakkan matanya. Saya berasa amat kasihan kepadanya.
Semua orang berbual-bual dan memuji kecantikannya. Yi Jing berkata dia teringin mahu menciumnya. Burung yang berada di atas tangan manusia hanya dapat hidup di bawah kawalan manusia!
Mengapa burung tersebut terbang tergesa-gesa ke dalam gereja dan terlanggar pintu kaca pada awal pagi? Adakah ia tidak tidur dengan baik pada waktu malam dan menyebabkan berlakunya kemalangan? Jika ya, mengapa pula ia tidak tidur dengan baik? Adakah pasangan suami isteri burung itu bertengkar? Pekerjaannya tergagal? Kesihatannya bermasalah? Jika begitu, ini mungkin bukan satu kemalangan tetapi kecenderungan untuk membunuh diri.
Berdasarkan warna bulunya yang terang, agaknya umur burung itu masih muda. Oleh itu, burung itu mungkin lari dari rumah disebabkan oleh hubungan yang tegang dengan burung-burung tua. Namun begitu, burung itu tidak pernah keluar bersendirian dan tidak dapat membezakan jalan yang benar atau sesat. Ia juga tidak tahu membezakan antara terang dan gelap. Ia lagi tidak tahu matlamat kehidupannya. Oleh itu, ia pun terbang dengan tanpa arah dan akhirnya menyangka pintu gelas itu jalan yang terang.
Atau pun semalam ia ternampak kawannya teralih cinta. Emosinya yang bercelaru menyebabkannya bertindak untuk membunuh diri.
Apa yang terpendam di dalam hati burung itu hanya tekaan sahaja. Namun begitu, ia telah menjadi berita utama di pejabat kami hari ini. Ada juga yang menangkap gambar sebagai kenangan.
Selepas bergelut beberapa kali, burung itu tersedar. Akhirnya, dia dapati hidupnya tidak bebas dan tidak selamat di atas tangan manusia. Lalu dia pun bergelut untuk keluar dari tapak tangan manusia dan terbang ke langit yang bebas.
Nampaknya nasib burung yang berwarna-warni ini tertukar disebabkan kerenahnya dan tidak berwaspada.
Adakah kamu burung tersebut?
Sumber artikel: 陈朝强《人生5个园》,SCACCMM