Pemikiran Positif 

Hidup tidak selalunya indah dan langit tidak selalunya cerah. Ia dipenuhi dengan cabaran. Kita akan berasa sedih apabila gagal ujian, hilang kawalan apabila menghadapi pelbagai tekanan, risau apabila kerjaya gagal, pengasuhan anak-anak yang mencabarkan dan sebagainya. Hidup ini mempunyai terlalu banyak barang yang tidak mengikut keinginan kita. Saya percaya tiada seorang di dunia ini dapat menjalani hidup dengan senang dan lancar.

Tidak kisah sama ada kamu seorang anak, ibu bapa, pelajar, guru, majikan, pekerja dan sebagainya, kamu perlu berdepan dengan pelbagai masalah dalam hidup. Walaupun kita tidak dapat menukar hakikat buruk yang telah berlaku, kita masih boleh menukar pemikiran kita untuk menyelaraskan hidup.

Hidup akan bertukar lebih cerah dengan pemikiran positif. Sebaliknya, pemikiran negatif akan membawa kepada hidup yang suram. Sila menarik nafas panjang dan berjalan menuju ke jalan yang cerah. Kamu akan mendapati langit tiba-tiba bertukar cerah, dunia bertukar menjadi luas dan hidup bertukar cantik.

Pemikiran yang positif adalah berasaskan beberapa prinsip. Pertama, kita harus berfikir apa yang baik. Jangan bersedih apabila putus cinta. Biarlah hubungan cinta yang baru bermula. Kegagalan kerjaya bukan masalah besar!

Thomas Edison mengalami kegagalan lebih dari 10 ribu kali sebelum berjaya apatah lagi kita yang hanya mengalami satu kali kegagalan. Kegagalan untuk masuk universiti tidak bermakna dunia akan berakhir. Bukan semua orang mempunyai bakat dalam akademik, tetapi setiap orang mesti mempunyai kegunaan dan bakat sendiri!

Selain itu, kita perlu belajar untuk melepaskan. Kita perlu melepaskan apa yang tidak mungkin direalisasikan dan merancang kehidupan yang baru. Jangan tetap berpegang kepada prinsip sendiri. Kita mesti bersedia untuk berubah mengikut keperluan dan situasi.

Kehidupan yang cerah atau suram adalah di dalam kawalan kita. Apakah pilihan yang akan dibuat oleh kamu?

Sumber artikel:《为自己加油!》 
Penulis:陈国强

About the author