Pengurusan hubungan interpersonal boleh dikatakan sebagai cabaran terbesar bagi semua pelajar universiti dan ia akan menemani kehidupan universiti anda selama empat tahun. Ini adalah halangan pertama yang perlu anda hadapi apabila melangkah ke dalam masyarakat. Hubungan di asrama universiti tidaklah semudah yang anda bayangkan. Berikut adalah beberapa cadangan untuk anda:
- Cuba sesuaikan waktu hidup bersama dengan rakan sebilik. Kita semua datang dari latar belakang yang berbeza dan juga mempunyai tabiat kehidupan yang berbeza. Selagi kelemahan rakan sebilik tidak memberi kesan besar kepada anda, kita perlu belajar bertoleransi, memahami dan menyesuaikan diri dengan rakan sebilik.
- Jangan melanggar hak privasi dan batasan rakan sebilik.
- Ingat hari jadi rakan sebilik dan memberi mereka ucapan selamat. Jika boleh, sambutlah bersama-sama kerana ini boleh mengeratkan hubungan.
- Jangan terlalu mengambil kira tentang perkara kecil, terutamanya mengenai wang. Pastikan anda membayar balik jika anda meminjam. Ini akan membina kepercayaan sesama rakan sebilik.
- Jika rakan sebilik sering ponteng atau menipu, tegurlah dengan cara yang betul. Tunjukkan keprihatinan sebenar kerana itu adalah cara sebenar menjalin hubungan.
Memilih kelab atau persatuan:
- Pilih berdasarkan minat dan hobi anda.
- Rujuk senior. Mereka yang telah berada di universiti selama 1 hingga 2 tahun pasti tahu tentang kelab-kelab di kampus dan boleh memberikan nasihat yang ikhlas dan objektif dari perspektif pemerhati.
Tentang pensyarah di universiti:
- Pensyarah universiti tidak akan sentiasa memantau anda seperti guru sekolah menengah. Tugas utama pensyarah adalah mengajar secara berkumpulan. Kamu tidak akan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pensyarah sekiranya anda tidak bertanya atau berinteraksi di dalam kelas. Kemungkinan selepas setahun, mereka masih tidak mengenali nama anda, dan itu adalah perkara biasa.
Berhadapan dengan pensyarah:
- Sentiasa bersopan-santun
- Pastikan pensyarah mengenali anda. Berbeza dengan guru sekolah menengah yang mengambil inisiatif untuk mengenali anda, peluang untuk berinteraksi dengan pensyarah adalah terhad. Oleh itu, peluang untuk pensyarh mengenali anda juga adalah terhad.
- Libatkan diri dalam kelas. Jadikan suasana kelas lebih interaktif, supaya pensyarah lebih mengingati anda. Ini akan membantu dalam pelajaran dan kehidupan di universiti nanti.
Dalam aspek pembelajaran:
Elakkan daripada gagal dalam mata pelajaran! Bagi mereka yang berusaha untuk mendapatkan biasiswa, anda perlu menetapkan piawaian yang lebih tinggi dalam pembelajaran. Di sekolah menengah, markah adalah yang paling penting, tetapi di universiti, aspek lain seperti sukan dan kemahiran komputer akan memberi impak besar dalam persaingan biasiswa. Di universiti, pihak sekolah lebih menekankan pencapaian keseluruhan anda!
Jadi, semangatlah! Semoga anda menikmati kehidupan universiti yang indah.
Sumber: 每日头条, https://kknews.cc/news/2ygy5mg.html