Bekerjasama ialah Berkongsi 

Bekerjasama ialah bantu membantu antara satu sama lain dalam satu kumpulan. Adakah kamu dapat bekerjasama dengan orang lain?

Memperolehi gred A adalah impian setiap pelajar. Malah memperolehi lebih banyak gred A atau skor gred A untuk semua subjek akan membuktikan kebijaksanaan dan kejayaan seseorang. Namun begitu, mencapai gred A tidak dapat menjamin seorang pelajar dapat menguasai kemahiran hidup abad-21, iaitu, kemahiran berfikir, berkomunikasi, bekerjasama dan kreativiti. Antaranya, bekerjasama ialah berusaha dengan orang lain, hidup berkumpulan, menjalin hubungan yang baik dengan orang lain dan berkongsi bersama-sama.

Perkembangan teknologi pada masa kini menjadikan dunia semakin kecil. Kita perlu bergaul dan berkenalan dengan orang yang berlainan, menjalin hubungan agar dapat menyiapkan kerja yang tidak pernah terfikir sebelum ini. Oleh itu, kita perlu belajar untuk bekerjasama dengan orang yang berlainan.

Bekerjasama dan tidak mementingkan diri

Kita senang menjadi seorang yang mementingkan diri jika kita berpendapat kejayaan dicapai oleh sendiri dan menganggap itu semua jasa sendiri.

Tanpa Terhad kepada Batasan

Kita akan mengetahui kelemahan sendiri melalui kerjasama. Tetapi apabila bekerja bersama dengan orang lain, ia akan bertukar menjadi satu kuasa yang kuat.

Dunia yang Cenderung untuk Berkongsi

Pada masa depan, dunia akan cenderung untuk bekerjasama dan berkongsi. Contohnya perkembangan dunia siber yang membolehkan semua orang berkongsi dan memperolehi maklumat dengan percuma.

Memberi Itu Lebih Berkatnya daripada Menerima

Kita faham “memberi itu lebih berkatnya daripada menerima”, kerana adalah wajib untuk kita berkongsi kebaikan dengan orang lain. Akhirnya kita tidak akan rugi, malah kita akan memperolehi faedah dan pertolongan dari orang lain. Pada masa yang sama, ia juga menjalin persahabatan yang berharga.

Menyumbangkan diri dalam Kerjasama

Bekerjasama ialah belajar membuat penyumbangan walaupun mengetahui batasan sendiri. Apabila kamu menyumbangkan kepakaran dan bakat sendiri, orang lain akan menerima dan menyokong kamu. Dengan itu, kamu akan mendapat kasih sayang dan kehormatan orang lain.

Semua orang akan berasa gembira dan memperolehi keuntungan yang paling besar jika kita membuat kerja tanpa mengira kebaikan dan keuntungan!

Mana-mana pasukan atau orang yang sering berkira dan tidak mahu menyumbang adalah bagai rumah yang tiada dasar dan akan tumbang pada akhirnya!

Sumber artikel:Harian SinChew,Kemahiran Abad-21,10/11/2020

About the author