
Duka kehilangan akibat kematian merupakan satu gejala emosi yang selalunya dihadapi oleh manusia.
Kedukaan bermaksud kehilangan kebahagiaan. Oleh itu, kedukaan ialah satu perasaan yang rumit. Reaksi yang paling langsung dan spontan untuk kedukaan adalah menangis. Namun begitu, di masyarakat Cina, air mata seolah-olahnya sering disalah faham.
Kita sering fokus pada penyelesaian masalah dan mengabaikan emosi manusia. Menangis ketika berduka adalah reaksi yang semula jadi. Ironinya, anak-anak sering diajar “menangis tidak berguna”. Ini menyebabkan anak-anak berasa serba salah untuk menangis atau tidak apabila menghadapi halangan atau kedukaan.
Manusia mempunyai 6 emosi yang asas, iaitu kegembiraan, kesedihan, ketakutan, terkejut dan jijik. Manusia seolah-olah hanya menyukai “kegembiraan”dan memadamkan emosi yang lain. Emosi adalah susah untuk dipadamkan. Bah kata pepatah Cina: seseorang akan menggunakan kemarahan untuk menyamar kemaluannya.
Hanya orang yang dapat menemai seseorang yang berduka dapat menolongnya menangani duka kehilangan. Penolongan yang paling sesuai adalah menjadi pendengar yang baik.
Individu yang menghadapi kematian orang yang dikasihi akan mengalami lima fasa: penafian, kemarahan, tawar-menawar, kesedihan dan penerimaan. Setiap individu mengalami lima fasa tersebut secara berbeza dan tidak semestinya mengikut urutan. Oleh itu, individu itu mungkin akan berulang-alik di antara lima fasa tersebut. Kita tidak boleh menjangkakan individu tersebut mesti menangani kesedihan selepas menjalani lima fasa tersebut.
Kedukaan bagai sebiji bola dan butang yang berada di dalam kotak. Pada permulaan, bola itu amat besar dan bergulung-gulung di dalam kotak. Bola itu dengan senangnya terlanggar butang yang menyebabkan sakit hati. Dengan berlalunya masa, bola itu beransur-ansur menjadi kecil dan kekerapan untuk melanggar butang tersebut berkurangan. Namun begitu, kesakitan masih wujud. Walaupun kedukaan dan kekerapan untuk melanggar butang berkurangan, bola itu juga akan terlanggar butang itu secara tidak langsung. Untuk kebanyakkan orang, “bola di dalam kotak” tidak akan hilang selama-lamanya. Manusia mempunyai daya ketahanan. Oleh itu, selepas setiap pelanggaran, manusia juga memiliki daya untuk mengubati kesakitan.
Ketika menjadi pendengar, kita jangan mengeluarkan kata-kata negatif, membuat perbandingan atau kata-kata yang menambah rasa salah seseorang. Selain itu, jangan memberi cadangan dengan terlalu cepat. Cuba bayangkan kamu berada dalam situasi orang yang berduka dan menanya kepada diri sendiri: “Apakah respon yang diharapkan dan tidak harapkan.”
Kita boleh cuba menjawab orang yang sedang berduka dengan cara yang kita fahami tentang perasaan mereka. Tidak kisah sama ada maklum balas kamu betul atau salah, ini dapat memberi lebih banyak peluang kepada orang yang berduka untuk meluahkan perasaan sebenarnya.
Sumber artikel: Harian Sin Chew, 20200123