Botol Kaca Coca-Cola yang Datang dari Langit 

Filem “The Gods Must Be Crazy” mengisahkan apa yang berlaku di Gurun Kalahari, Afrika Selatan.

Di satu kawasan pedalaman gurun, tinggalnya satu suku orang hitam. Walaupun mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang dunia luar, mereka tetap hidup dengan gembira dan berpuas hati.

Suatu hari, watak utama yang bernama Xi, mengutip satu botol kaca Coca-cola yang terjatuh dari langit ketika dia pulang dari pemburuan. Sebenarnya, botol kaca ini dilempar keluar dari pesawat dan terjatuh ke bumi. Dia dan sukunya tidak pernah nampak “barang aneh” ini yang teguh dan bersinar-sinar di bawah cahaya matahari. Apabila mereka tiupkannya, ia boleh menghasilkan bunyi yang merdu. Mereka percaya ini ialah hadiah istimewa yang diberi oleh Tuhan kepada mereka.

Pada mulanya, semua orang teringin sangat untuk memegang botol kaca itu dan sangat menyayanginya. Kemudian, kanak-kanak sering bergaduh demi botol kaca itu. Kehidupan yang aman tiba-tiba menjadi kecoh kerana botol kaca ini. Oleh itu, Xi membuat keputusan untuk pergi ke tepi dunia dan memulangkan “benda jahat” ini kepada Tuhan.

Xi tidak mungkin dapat berjalan sampai ke tepi dunia dan dia juga tidak mungkin dapat berjumpa dengan Tuhan. Namun begitu, disebabkan pelepasan ini, mereka mendapati dunia ini lebih baik berbanding dengan dulu dan dipenuhi dengan kemuliaan. Kemungkinan ini sudah mencukupi bagi mereka.

Persepsi:

Ketamakan dan keinginan yang terlampau tidak akan memberi kita kebahagiaan dan kegembiraan. Sebaliknya, ia akan merampas kedamaian yang sedia ada. “Botol kaca Coca-cola” merupakan satu botol kaca yang sangat biasa. Apabila manusia menggunakan “mata” yang penuh dengan keinginan untuk melihatnya, ia akan menjadi “barang aneh” yang jarang. Kamu akan mendapati hidup kamu balik ke kedamaian yang sedia ada apabila kamu cuba menukar pemikiran kamu dan melepaskan apa yang bukan milik diri sendiri.

Sumber artikel:张婧《心灵盛宴:只需改变自己一点点》,朝华出版社

About the author