Apakah yang Paling Sesuai untuk Diri Sendiri? 

Di dalam satu zoo tinggal seekor harimau. Harimau ini tidak perlu bimbang akan makanan harian kerana ia akan diberi makanan yang lumayan setiap hari. Suatu hari, datanglah seekor harimau dari gunung yang berhampiran dengan zoo. Kedua-dua ekor harimau pun saling berkomunikasi. Harimau di dalam zoo berkata: “Saya amat iri hati dengan kebebasan kamu. Saya hanya dapat bergerak dalam ruang yang kecil ini!” Harimau dari gunung pulu menjawab: “Saya sangat iri hati dengan kehidupan kamu yang tiada kerisauan. Saya perlu mencari makanan sendiri setiap hari dan berasa takut dan cemas apabila bertembung dengan pemburu.” Harimau di dalam zoo berkata: “Apa kata kita saling bertukar. Kamu tinggal di dalam zoo dan saya tinggal di gunung.”

Harimau dari gunung segera bersetuju. Lalu mereka mencari satu peluang untuk bertukar identiti. Harimau dari zoo berasa sangat gembira pada mula-mulanya. Ia dapat berlari dengan bebas di hutan rimba dan menjalani hidup yang dia selalu inginkan. Harimau yang memasuki sarang juga berasa sangat gembira kerana akhirnya dia tidak perlu risau untuk setiap hidangan. Namun demikian, masalah berlaku selepas beberapa hari. Harimau dari zoo itu telah hilang keupayaan untuk memburu makanan. Ia tidak dapat mencari makanan di dalam gunung. Akhirnya ia mati kelaparan di dalam gunung. Harimau yang asalnya bebas itu pula mati di dalam zoo sebab kemurungan.

Harimau di zoo melepaskan kehidupan yang selesa kerana ia ingin mencari kebebasan, manakala harimau di gunung melepaskan kebebasan hidup untuk mendapatkan kehidupan yang selesa. Mereka tidak membuat pertimbangan sama ada ia sesuai untuk diri sendiri apabila mereka bertukar tempat. Akhirnya kedua-dua harimau telah mati.

Nasihat:

Hakikatnya, kehidupan yang bahagia ialah kehidupan yang sesuai dengan perangai sendiri. Cuba pejamkan mata dan fikir apa yang kita miliki. Kita akan mendapati kita memiliki terlalu banyak. Sebaliknya, jika kita tidak tahu menghargai, kita akan berasa hidup tidak bermakna walaupun kita telah memiliki banyak.

Sumber artikel:陈国强《为自己加油!》,文桥传播中心有限公司

About the author