Berhenti! Berhenti! Berhenti! (Buli Verbal 1) 

Qi Yong digelar “si hitam gemuk” oleh rakan sekelasnya kerana kulitnya yang gelap dan badannya yang gemuk. Dia akan menjerit “Berhenti! Berhenti! Berhenti!” apabila dia tidak dapat bertahan.

Hari ini Qi Yong dibuli oleh rakan sekelasnya lagi. Mereka meletakkan tanda ‘Berhenti’ di tempat duduknya dan menyanyi “Si hitam gemuk! Berhenti! Berhenti! Berhenti”di belakangnya. Dengan marahnya, dia memberitahu ibunya tentang kejadiaan tersebut dan menyatakan dia tidak ingin pergi ke sekolah lagi.

Apabila terdengar anaknya tidak ingin pergi ke sekolah, ibu Qi Yong tahu hal ini perlu dikendalikan dengan baik. Oleh itu, ibunya terfikir satu idea.

Ibu:Memandangkan kamu menerima tanda ‘Berhenti’ hari ini, marilah kita bermain permainan ‘Berhenti’.
QiYong:Apa? Mak juga mengetawakan sayakah?
Ibu:Qi Yong, mak tidak mengetawakan kamu. Mak cuma mahu bermain dengan kamu.
QiYong:Baiklah!
Ibu:Anak, adakah kamu dapat ‘menghentikan’ mulut rakan sekelas?
QiYong:Tidak!
Ibu:Permainan ini adalah menggunakan ‘berhenti’ untuk mulut sendiri.
QiYong:Jadi, dengan siapa saya bermain permainan ini?
Ibu:Dengan rakan sekelas kamu.
QiYong:Saya tak mahu main bersama mereka.
Ibu:Peraturan untuk permainan ini adalah jangan beritahu rakan sekelas bahawa kamu sedang bermain dengan mereka. Hanya kita berdua sahaja yang tahu.
QiYong:Eh, tak beritahu mereka namun masih boleh bermain. Ibu, cepat beritahu saya macam mana untuk main.
Ibu:Ok, dengar dengan teliti. Memandangkan permainan ini hanya dapat dilakukan bersama rakan sekelas, maka kamu perlu pergi ke sekolah esok.

Qi Yong pun berjanji untuk pergi ke sekolah.

Pada hari ketiga, ibu pun menyediakan sarapan yang lumayan untuk menggalakkannya. Namun begitu, Qi Yong masih bimbang dia tidak dapat melakukannya.

Apabila sampai di pintu sekolah, Qi Yong terdengar rakan sekelas memanggilnya. Qi Yong pun berteriak “Berhenti! Berhenti! Berhenti!”secara automatik.

“Alamak! Saya terlupa saya sedang bermain dengan mereka dan tidak memberitahu diri sendiri untuk berhenti.”Pada waktu rehat, rakan sekelasnya memanggilnya lagi. Kali ini, dia dapat ingat dia sedang bermain dengan mereka. Jadi, dia tidak mempedulikan mereka.

Selepas pulang ke rumah, ibu Qi Yong menyediakan makanan kegemarannya untuk menggalakkannya.

Sekian lama, Qi Yong tidak lagi berasa marah kepada rakan sekelasnya. Dia juga mendapati, apabila dia memberitahu diri sendiri untuk “berhenti”, rakan sekelasnya juga ‘berhenti’membuka mulut.

Sumber artikel:梁婷婷《我能不一样》,文桥传播中心有限公司

About the author