Seorang bapa membeli sebuah kereta baru. Dia sangat menyayangi kereta baru ini dan mencucinya setiap hari. Suatu hari, bapa itu terlalu letih untuk mencuci keretanya walaupun ia sangat kotor. Dia berfikir untuk mencucinya pada hari lain.
Anaknya yang berumur lima tahun ternampak bapanya yang sangat letih. Dia ingin memberi satu kejutan kepada bapanya dengan menolong bapanya mencuci kereta.
Sebelum mencuci kereta, anak tidak dapat mencari kain untuk mencuci kereta. Dia masuk ke dapur dan terfikir berus dawai yang selalu digunakan oleh emaknya untuk memberus periuk. Dia pun mengambilnya dan mencuci kereta bapa seperti cara memberus periuk. Selepas mencuci, dia pun menangis dengan kuat kerana kereta sudah tercalar. Dia berasa cemas dan berlari mencari bapanya sambil menangis : “Bapa, minta maaf! Cepat datang tengok!” Bapanya pun mengikutinya. Apabila bapa tersebut melihat keretanya, dia juga terkejut dan meneriak: “Keretaku! Keretaku!”. Bapa itu dengan marah, masuk ke bilik dan melutut untuk berdoa. “Oh Tuhan! Sila beritahu saya apa yang boleh saya buat? Itu ialah kereta baru saya yang belum genap satu bulan. Bagaimana boleh saya menghukumi anak ini?”
Selepas berdoa, terdapat satu suara di dalam hatinya: “Allah tidak melihat sebagaimana manusia melihat. Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati.” Tiba-tiba bapa itu tersedar. Dia keluar dari bilik dan anaknya sedang menangis dalam ketakutan malah tidak berani untuk bergerak. Bapa dengan segera memeluk anaknya ke dalam dadanya dan memberitahu anaknya: “Terima kasih kerana menolong bapa untuk mencuci kereta. Bapa menyayagi kamu melebihi kereta itu.”
Allah tidak melihat sebagaimana manusia melihat.
Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati.
1 Samuel 16:7
Sumber artikel:蒲公英希望基金会《爱的力量:幸福家庭馆》