
Saya ada seorang kawan yang sangat suka memakai kemeja putih. Dia akan memakai kemeja putih tidak kisah apa jua masa dan tempat (kecuali waktu tidur dan bersukan). Ketika Tahun Baru Cina, orang suka memakai baju yang berwarna terang, terutamanya warna merah, tetapi, dia tetap memakai baju putih. Dia menerangkan ini ialah pilihannya yang munasabah.
Dalam kehidupan harian, kita boleh memilih untuk makan dan pakai apa. Namun, ada satu pilihan yang akan menentukan kehidupan atau kematian, berkat atau kutukan.
Dalam perjanjian lama, terdapat satu ayat dalam Ulangan yang menyatakan: “Pada hari ini juga aku memanggil langit dan bumi untuk menjadi saksi atas kamu, bahawa aku telah menghadapkan kepadamu kehidupan dan kematian, berkat dan kutukan. Pilihlah kehidupan, supaya engkau dan keturunanmu dapat hidup.” (Ulangan 30:19). Hamba Tuhan, Musa, menyeru bangsa Israel untuk memilih kehidupan dan bukannya kematian. Mengapa Musa berkata sebegini?
Rupa-rupanya, Musa diutuskan oleh Tuhan untuk menerangkan kehidupan, kematian, berkat dan kutukan dengan jelas. Segala berkat akan datang jika perintah Tuhan dipatuhi; musuh akan lari dan tumpas di hadapan kamu. Sebaliknya, segala kutukan akan datang ke atas kamu dan kamu akan hidup dalam kelam-kabut jika kamu tidak mematuhi perintah Tuhan. Tuhan berharap kita dapat melihat akibat segala pilihan kita dan mentaati perintah-Nya dengan sudi. Tuhan tidak mahu kita berasa dipaksa.
Sama ada ia kehidupan atau kematian, berkat atau kutukan, ini semua bergantung kepada pilihan kamu.
Sumber artikel:超越29《色情媒体的陷阱》,砂华人年议会文字事业部