
Penulis:冯志梅
Semua perkara dapat dibincang jika hubungan suami isteri erat.
Seorang wanita memberitahu saya: “Suami saya dan saya sudah tidak bercakap selama dua minggu.” Selepas ditanya, barulah tahu bahawa mereka akan berpindah ke satu asrama. Si isteri berpendapat asrama itu terlalu usang dan memerlukan NT$ tujuh belas juta untuk kerja pembaharuan. Namun, si suami berasa ia terlalu mahal. Dia berpendapat mereka cuma memerlukan NT$ sepuluh juta untuk kerja pembaharuan dan mereka boleh menyimpan wang untuk membeli rumah sendiri pada masa depan. Si isteri berasa suaminya tidak bertimbang rasa kepadanya dan anak. Si isteri berpendapat kualiti hidup tetap penting. Mereka tidak bercakap untuk dua minggu disebabkan tidak dapat bertolak ansur.
Cara Penyelesaian
Saya memberikannya tiga kerja rumah pada hari itu. Pertama, memberi suaminya satu senyuman yang cerah dan berseri. Kedua, menyediakan makan malam yang lumayan. Ketiga, cuba sedaya upaya menemaninya membuat perkara yang dia suka. Dengan muka yang sedih, dia berkata: “Susahnya kerja rumah ini! Tak bolehkah saya menyebut pasal kerja pembaharuan?” “Tidak. Tetapi jika dia menyebut, kamu pun memberitahunya: biarkan kamu membuat keputusan.”
Selepas seminggu, dengan gembiranya, dia berjumpa dengan saya: “Cadangan kamu sangat berguna! Hari itu, saya bertindak seperti yang kamu arahkan. Apabila suami saya balik, bukan sahaja saya memberinya satu senyuman yang cerah, malah saya juga memeluhnya. Tanpa disangka, dia mula bercakap dengan saya. Saya juga membuat kerja rumah kedua dan ketiga. Pada keesokan pagi, dia berkata: “Biarlah kamu membuat keputusan tentang kerja pembaharuan! NT$ tujuh belas juta pun tidak apa!” Apabila berbual tentang ini, mukanya yang sedih pada minggu lepas sudah bertukar menjadi muka yang bahagia.
Hubungan Paling Penting
Selepas mereka berpindah rumah, saya pun menanya berapa jumlah wang yang dibelanja untuk kerja pembaharuan? Dia berkata: “Bukan NST 170,000. Semua berjumlah NST 270,000!” Namun begitu, hubungan suami isteri tidak terjejas. Dalam satu hubungan, kita selalu fokus kepada tingkah laku seseorang. Apabila pendapat orang lain berbeza dengan kita, kita akan cuba untuk mengubahnya. Ini menyebabkan hubungan yang tegang dan mereka tidak sudi untuk berubah.
Cara yang bijak adalah mengubah hubungan dan menolak perkara yang dipertikaikan ke sebelah dahulu. Hanya dalam kasih, orang lain sudi membuka hati untuk berkomunikasi dan perkara yang susah akan menjadi senang.
Sumber artikel:Majalah Focus on the Family Malaysia
Artikel ini adalah hak milik Focus on the Family Malaysia Sdn. Bhd
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:Focus on the family Malaysia
Tel:03-7954 7920 Fax:03-7954 7858
Emel:focus@family.org.my Web:www.family.org.my
Facebook [focusonthefamilymalaysia] Twitter [familiesMY]