Penulis: 杜布森博士
Untuk memaafkan orang yang pernah menyakitkan kita adalah perkara yang sangat sukar, apatah lagi orang yang menyakitkan kita ialah ibu bapa kita.
Kanak-kanak yang kecil sangat sensitif dan perasaan mereka adalah sangat kuat. Oleh itu, trauma yang mereka alami semasa kecil sering mempengaruhi seumur hidup mereka. Jika luka ini adalah disebabkan oleh ibu bapa sendiri, ia akan membawa kesakitan yang tidak dapat diukuri. Contohnya, seorang ibu yang membuang anak sendiri tanpa memberinya kasih sayang dan perhatian; ataupun seorang ayah yang sering mabuk dan selalu memukul anak-anaknya. Ramai orang mendapati selepas dua puluh atau tiga puluh tahun, kemarahan dan kebencian masih terpedam di dalam ingatan mereka. Sebenarnya, mereka juga tidak ingin hidup dalam bayangan kesakitan ini.
Namun, mereka telah mengabaikan satu-satu caranya untuk membebaskan mereka dari kesakitan ini, iaitu memaafkan! Sudah tentu, ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Mereka yang sering merasakan mereka mempunyai alasan yang sah untuk membenci dan tidak boleh memaafkan, akhirnya hanya akan menyakiti diri mereka sendiri dengan kebencian dan kepahitan yang tidak terlerai.
Terdapat satu pepatah yang mengatakan: “Memaafkan adalah melepaskan hak untuk membalas dendam terhadap apa yang telah kamu lakukan yang menyakiti saya.” Hanya dengan memaafkan, luka di hati kita akan mula sembuh.
Sumber artikel:Majalah Focus on the Family Malaysia
Artikel ini adalah hak milik Focus on the Family Malaysia Sdn. Bhd
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:Focus on the family Malaysia
Tel:03-7954 7920 Fax:03-7954 7858
Emel:focus@family.org.my Web:www.family.org.my
Facebook [focusonthefamilymalaysia] Twitter [familiesMY]