Kasih Sayang yang Mencipta Mukzijat 

Halaman rumah seorang wanita dibinasa dalam Perang Dunia Kedua. Suaminya pula terkorban dalam peperangan itu. Dia terpaksa melarikan diri bersama anaknya yang belum genap tiga tahun. Setelah setengah bulan, dia tidak dapat memperolehi apa-apa makanan lagi. Dia pun memberi roti yang terakhir kepada ananknya. Air matanya tertitis apabila dia melihat anaknya yang kurus kering. Kelesuan dan kelaparan menyebabkannya berasa tidak berdaya lagi. Dia pun membuat keputusan untuk memberi anaknya kepada seoang jiran yang melarikan diri bersamanya. Dia pasti jiran ini dapat membela anaknya dengan baik. Dia berkata: “Saya tahu saya sudah tidak berdaya. Sila bawa anak saya bersama dan memeliharanya dengan baik.” Wanita itu melutut sambil merayu jirannya. “Tidak! Saya tidak bersetuju. Saya sudah tidak dapat menjaga diri sendiri. Anak ini akan menjadi beban kepada kami.” Jirannya menolak permintaan wanita ini dengan kejam. Wanita itu terpaksa mendukung anaknya dan meneruskan perjalanan.

       Dalam perjalanan, wanita itu terlihat ramai orang yang terjatuh dan tidak lagi bagun. Setiap kali apabila dia tidak dapat bertahan lagi, dia akan terfikir anaknya dan meneruskan perjalanan dengan gigih. Dia tahu anaknya juga tidak dapat hidup jika dia terjatuh. Akhirnya, ibu ini berjaya membawa anaknya ke kem pelarian dengan menakjubkan. Dia bertemu semula dengan jirannya di kem pelarian. Jiran itu berkata: “Saya tahu kamu pasti dapat sampai ke sini. Kamu mungkin akan berputus asa terhadap diri sendiri, namun, kamu tentu tidak akan membiarkan anak kamu.” Akhirnya, ibu tersebut tersedar niat baik jirannya.

Kasih sayang telah menyelamatkan nyawa ibu dan anak itu. Kasih sayang membolehkan kita merasai kemesraan manusia. Kasih sayang itu nampaknya mudah dan ia berada di mana-mana juga. Namun, kita perlu menggunakan hati untuk merasainya. Kita perlu menghargai kasih sayang yang mulia. Sudah berapa lama kamu tidak balik ke rumah? Adakah kamu pernah mengucapkan “Saya cinta kamu” kepada ibu bapa? Adakah kamu pernah memeluk ibu bapa kamu? Adakah kamu pernah menangkap gambar bersama ahli keluarga? Jangan tunggu lagi. Kasih itu perlu ditunjukkan dengan tindakan dan diungkapkan dengan berani. Biarlah semua ibu di seluruh dunia merasai kasih sayang anak! Di sini, saya ingin mengucapkan satu ayat yang saya tidak pernah katakan secara peribadi kepada ibu saya yang sudah lama meninggal: “Ibu, saya mencintai kamu!”. Kepada kalian ibu, “Kami mencintai kamu selama-lamanya!”

Kasih sayang ialah satu kekuatan yang tidak dapat dibandingkan. Ia dapat mencipta hidup yang mukjizat, memberi harapan kepada kehidupan dan mencerahkan dunia ini. Sumber artikel:陈国强《为自己加油!》,文桥传播中心有限公司

About the author