Adakah farsa “The night is still young” sering atau pernah dikatakan oleh kamu? “Tidak dapat tidur sebab waktu masih awal. Orang muda memang berjaga sehingga larut malam.” Bahayanya amalan tidur lewat ini. Jika berlarutan, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
- Tumbesaran Terbantut
Seorang budak perempuan yang berumur 10 tahun, yang berasal daripada Wuhan, China, mempunyai tubuh badan yang lebih kecil berbanding dengan rakan seusianya. Doktor mendiagnosisnya dengan tumbesaran terbantut akibat tabiat berjaga malam yang berlarutan. Universiti Perubatan Nanjing, China membuat penyelidikan terhadap 2132 orang yang terbantut dan mendapati 51.78% daripada mereka kekurangan hormon tumbesaran.
Hormon tumbesaran dihasilkan oleh kelenjar pituitari yang terdapat di dalam otak dari pukul 11 malam sehingga 4 pagi. Tempoh pembebasan hormon tumbesaran adalah ketika manusia tidur. Jika seseorang sentiasa berjaga malam atau tidak tidur, hormon tumbesaran tidak akan dibebaskan atau tidak dihasilkan dengan normal. Oleh itu, tumbesaran anak-anak terbantut. - Punca Obesiti
Penyelidikan dari Universiti California mendapati orang yang berjaga malam bercenderungan untuk mencari makanan yang mempunyai kalori yang tinggi, contohnya, burger, pizza, donut dan sebagainya. Pakar penyelidik berpendapat waktu tidur yang secukupnya adalah kunci utama untuk mengawal berat badan. - Mencetuskan Jerawat
Berjaga malam akan menjejaskan keseimbangaan hormon dan menyebabkan kulit berminyak. Kulit yang berminyak akan menyumbat pori dan mengakibatkan pembentukan jerawat. Sila ingat, tidur sebelum sebelas malam dapat mengabaikan penggunaan applikasi untuk edit jerawat dan kantong mata. - Mempengaruhi Prestasi Pembelajaran
Berjaga malam untuk jangka masa yang panjang akan mengurangkan daya tumpuan, keupayaan berfikir dan mempengaruhi pembelajaran. - Menjadi Panda
Mata menjadi lelah apabila berjaga malam. Mata yang lelah membuat pembuluh darah di sekitar mata melebar sehingga munculnya kantong mata dan lingkaran hitam di sekitarnya. - Meningkatkan Risiko Kanser
Kerap berjaga malam akan mengganggu irama biologi, menurunkan daya tahan tubuh, senang sakit; pada masa yang sama, ia juga menyebabkan sel berubah, menyebabkan peningkatan penanda keradangan dalam darah malah meningkatkan risiko kanser.
Jangan berjaga malam. Bagaimana menghadapi peperiksaan?
Tips:
- Mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin B contohnya bijirin penuh, kacang dan daging.
- Mengambil makanan yang mengandungi vitamin C, seperti, sayur-sayuran, buah-buahan dan susu atau telur yang mengandungi vitamin A dan E.
- Mengambil makanan yang mengandugi protein dan asid amino seperti pati ayam.
Sumber artikel:董总《中学生月刊》305期