Adakah Kamu Ingin Pergi ke Persekutuan Doa? 

Di antara semua persekutuan di gereja, kehadiran di persekutuan doa adalah paling rendah. Mengapa kehadiran persekutuan doa amat rendah walaupun berdoa adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan seorang Kristian?

Berikut adalah pandangan daripada beberapa orang yang ditemuduga:

Jia Wei:

Sebenarnya saya aktif menyertai persekutuan doa pada mula-mulanya. Namun, saya berasa sangat bosan setelah menyertainya beberapa kali. Saya berasa perkara yang didoakan tidak berkenaan dan tidak diminati saya. Oleh itu, saya pun tidak pergi lagi!

Li San:

Saya biasa berdoa di rumah. Persekutuan doa adalah untuk orang yang tidak biasa berdoa.

Jian Xin:

Saya sudah sibuk dengan kerja harian. Selain itu, saya juga ketua kumpulan dan pengerusi kumpulan puji-pujian di gereja. Saya sudah tiada masa dan tenaga untuk menyertai persekutuan doa.

Hui Fang:

Persekutuan doa adalah sekumpulan manusia yang berdoa bersama-sama. Bukankah lebih baik untuk saya membaca Alkitab, merenung dan berdoa di rumah? Mengapa saya mesti menyertai persekutuan doa?

Walaupun gereja tidak mempunyai peraturan yang menetapkan semua Kristian mesti menyertai apa jenis persekutuan, tetapi Kristian sememangnya perlu menyertai persekutuan doa. Persekutuan doa bukan untuk memenuhi keperluan seseorang atau untuk melatih orang yang tidak biasa berdoa. Alkitab berkata: “Ketahuilah juga, setiap kali dua orang daripadamu di dunia ini bersetuju untuk memohon sesuatu daripada-Ku, permohonan itu akan dikabulkan oleh BapaKu di syurga; kerana apabila dua atau tiga orang berhimpun dalam nama-Ku, Aku ada di situ bersama mereka.”Matius: 18: 19-20.

Persekutuan doa adalah saudara dan saudari berhimpun bersama-sama dan berdoa untuk kehendak Tuhan, negara, masyarakat, gereja, orang lain dan diri sendiri.

Sumber artikel:青春路122期《天梯》

About the author