Saya Menjadi Jahat. Apa yang Boleh Dibuat? 

Saya seorang pelajar yang berumur 14 tahun. Saya mempunyai satu rahsia. Saya berasa sangat takut dan saya tidak dapat menolong diri sendiri. Bolehkah kamu beritahu saya apa yang boleh saya lakukan? Saya terpelajar teknik melancap. Pada mulanya, saya hanya ingin tahu, namun, kini saya sudah tidak dapat berhenti. Adakah perbuatan ini salah? Apakah ajaran Alkitab? Adakah ia berbahaya kepada badan saya?

Orang yang Tidak Berdaya

Pergelutan jiwa yang dirasai menunjukkan Tuhan sudah mula bekerja di dalam hati kamu. Ramai Kristian mempunyai pengalaman yang sama. Dalam Kristus Yesus, mereka telah berjaya memenanginya dan kamu juga boleh. Pelancapan merupakan satu kegiatan yang berkaitan dengan seks. Walaupun Alkitab tidak menyebut tentangnya namun prinsip yang sama tetap boleh digunakankan.

Hubungan seks hanya dilakukan oleh sepasang suami isteri yang sah. Seks adalah suatu pemberian dari Tuhan kepada lelaki dan perempuan yang berada dalam pernikahan dan juga untuk menghasilkan keturunan. Oleh itu, semua hubungan seks di luar nikah adalah tidak mengikuti kehendak Tuhan.

Perzinaan bukan sahaja membawa peransangan kepada organ. Ia juga mempengaruhi dan meransang minda kita sama ada secara beterusan atau tidak. Perzinaan dan pelacapan adalah saling berkaitan. Ramai mempunyai fikiran dan ransangan seks di dalam minda mereka ketika melancap. Nafsu seks yang tertimbul adalah dosa. Nafsu seks akan meningkat jika pelacapan diulang dan akhirnya ia akan bertukar menjadi nafsu yang tidak dapat dipenuhi. Oleh itu, lebih baik untuk menjauhinya supaya tidak terperangkap di dalamnya. Walaupun ia tidak membawa kerosakan kepada tubuh badan, namun, ia akan mempengaruhi harga diri dan juga merosakkan hubugan antara manusia dan Tuhan.

Cara yang paling baik untuk mengelakkan cubaan dan ransangan seks adalah dengan menjauhi diri dari barang-barang lucah. Jika bertemu dengan barang lucah, cabut diri dengan segera. Jangan sesekali merayau di situ untuk menguji kekuatan sendiri. Kita tidak dapat memenangi nafsu dengn diri sendiri, tetapi kita boleh memperoleh kemenangan dengan pertolongan Tuhan. Ini adalah kerana Tuhan ialah Tuhan yang setia. “Setiap cubaan yang kamu alami memang biasa dihadapi orang. Tetapi Allah setia menepati janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai melebihi kekuatanmu. Sewaktu kamu dicubai, Allah akan memberimu jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan menanggungnya.”(1 Korintus 10:13)  

 “Singkirkan hawa nafsu muda. Berusaha mengamalkan perbenaran, iman, kasih dan kesejahteraan bersama mereka yang menyeru Tuhan dengan hati yang suci.”(2 Timotius 2:22) Kemenangan kita di dalam Kristus Yesus!

Kak Xi

Sumber artikel:超越29《色情媒体的陷阱》,砂华人年议会文字事业部

About the author