Apa Yang Boleh dilakukan oleh Lelaki Apabila Wanita Berasa Tertekan? (1) 

Apabila wanita merasa tertekan

Wanita mungkin akan mengeluh tanpa sebab tentang betapa tidak adilnya kehidupan. Pada ketika ini, lelaki perlu bersabar untuk mendengar dan cuba memahami perasaannya. Setelah wanita meluahkan semua perasaannya, lelaki harus menahan diri daripada memberikan penyelesaian. Sebaliknya, lelaki boleh memberikan empati serta sokongan.

Jika dia mengeluh: “Kerja saya terlalu banyak. Saya langsung tak ada masa untuk keluar jalan-jalan. Saya perlu buat kerja ini dan kerja itu. Aduh, macam mana saya boleh selesai semua ini?”

Pada ketika itu, elakkan berkata:

“Sayang, kamu tak perlu buat semua kerja ini, kamu patut berehat dan menikmati kehidupan.”

“Lupakan kerja yang membebankan itu, mari keluar dengan saya, kita pasti akan menikmati hujung minggu yang menyeronokkan!”

“Kamu terlalu risau, masalah ini akan selesai. Mari kita keluar dan bermain!”

Sebaliknya, apa yang perlu anda katakan adalah:

“Sayang, kamu dah buat banyak untuk orang lain, mari saya peluk kamu.”

“Memang banyak kerja yang kamu kena buat.”

Apabila dia menyenaraikan segala perkara yang perlu dilakukan, dengarkan dengan penuh empati dan teliti. Setelah anda mendengar keluhannya, tawarkan bantuan yang diperlukan atau bertanya dengan penuh perhatian: “Sayang, ada apa-apa yang saya boleh bantu?”

Apabila wanita meluahkan perasaan, anda perlu memberi sokongan dengan sepenuh hati dan sebaik mungkin. Jangan harap bantuan anda akan membuatnya melupakan rasa kecewanya dengan segera. Dia tidak akan serta-merta berkata: “Oh, terima kasih, saya rasa lebih baik sekarang.” Hanya apabila emosinya mulai pulih dan dia dipenuhi dengan rasa cinta, barulah dia mungkin berkata begitu.

Lelaki perlu tahu bahawa ketika wanita berada tertekan, dia tidak mempunyai kemampuan untuk berterima kasih. Dia hanya dapat memberikan dan menerima kasih sayang serta berterima kasih atas bantuan anda apabila emosinya mulai pulih. Ujian sebenar dalam hubungan cinta adalah pada ketika wanita paling memerlukan perhatian dan kasih sayang. Adakah anda mampu berada di sisinya dengan setia, mendampingi dia dengan keikhlasan dan membantunya mengharungi masa sukar? Jika anda dapat melakukannya, maka dia akan mengingati kebaikan anda dan akan berterima kasih anda sepanjang hayat selepas dia keluar dari perasaan tertekan. Saat-saat anda berdua melalui kesulitan bersama adalah saat-saat yang paling berharga dalam hidup seorang wanita. Saat-saat itulah yang membina kepercayaan dan cinta.

Sumber: 约翰·格雷著,白莲译《男人来自火星,女人来自金星》,中华工商联合出版社

About the author