Menanti 

Pada suatu petang yang panas di bulan Ogos, anak saudara saya yang berumur 10 tahun datang bermain di rumah saya. Saya pun bermain permainan video bersama dengannya di dalam rumah. Selepas ditewaskan olehnya berulang kali, saya pun bercadang untuk bermain di luar rumah.

Saya pun menyandarkan badan yang letih di atas kerusi untuk mengendurkan otot-otot pada leher dan lengan tangan. Anak saudara saya pula bermain di taman rumah dan ini memberi ruang kepada saya untuk menyendiri.

“Mak Long, lihat!” Dia berlari dengan teruja kepada saya.

“Saya terjumpa satu layang-layang. Bolehkan kita bermain layang-layang di luar?”

Saya mengerling pada luar dan dapati tidak ada angin. “Maaf Trevor”. Saya tidak berani melihat mukanya yang hampa. “Adalah susah untuk menerbangkan layang-layang apabila angin tidak bertiup.” Namun, anak lelaki yang berumur 10 tahun itu menjawab dengan penuh keyakinan: “Saya yakin layang-layang dapat diterbangkan dengan angin yang lemah ini.” Dia sambil menjawab sambil berjalan ke pintu belakang.

Saya nampak dia menarik tali layang-layang sambil berlari-lari di tempak letak kereta. Layang-layang yang bergambar Spiderman itu hanya terbang setinggi bahunya. Dia berlari ke sana sini dengan bersungguh-sungguh dan ada kalanya memandang layang-layang itu dengan penuh harapan. Dia pun berpatah balik selepas bercuba untuk 20 minit.

Saya bertanya: “Adakah semuanya baik?”

“Semuanya baik.” Dia mengakui kegagalan dengan tidak berpuas hati dan berkata: “Saya telah menerbangkan layang-layang sedikit.”

Dia meletakkan layang-layang di atas almari. Ketika dia berjalan ke tepi saya, saya terdengar dia berkata dengan suara yang kecil: “Saya rasa saya perlu menunggu waktu angin bertiup.”

Pada masa yang sama, saya terdengar satu suara berkata kepada saya: “Anak yang disayangi, kadang-kadang kamu juga seperti menerbangkan layang-layang tanpa menunggu ketibaan angin. Kamu bergesa-gesa menggunakan cara sendiri untuk memaju ke hadapan…”

            Suara itu menggambarkan situasi saya: saya sering berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan setiap perkara dan menjadi amat sibuk. Saya hanya akan berhenti dan menanti apabila saya telah cuba sedaya upaya dan berasa letih.

Tindak balas: Saya perlu belajar menanti dengan sabar walaupun saya berharap semua perkara dapat diselesaikan dengan segera.

Jiwaku, senyap heninglah menantikan Allah sahaja, kerana harapanku terletak pada-Nya.
(Mazmur 65:5)

Sumber artikel:《爱的力量:信仰动力馆》,蒲公英希望基金会

About the author