Jadilah Perubahan Sendiri
Bertentangan dengan orang adalah perkara yang susah, terutamanya untuk perkara remeh-temeh yang membazirkan hidup. Pendahulu sedar dan memberi petuah, seperti, berundur bukan bererti kalah, jadilah perubahan itu sendiri walaupun dunia tidak berubah, orang yang mulia tidak bergaduh dengan orang dan sebagainya.
Kita semua tahu ‘berundur’, tetapi bagaimana untuk berundur? Adakah kita akan berada dalam situasi yang susah jika kita berundur? Adakah kita masih dapat bertapak selepas berundur? Ataupun kita akan hilang segalanya dan tiada tempat bertapak? Fikiran ini menyebabkan kita berasa tidak senang. Kita mungkin akan digelar penakut jika berundur. ‘Jadilah perubahan itu sendiri’tidak begitu senang seperti yang dikatakan kerana kita mungkin akan kehilangan arah dalam proses berubah. Petuah-petuah yang disebut di atas adalah sangat baik dan berwawasan tetapi ramai yang berasa tidak senang untuk mematuhinya.
Ibu di dalam cerita tersebut ialah seorang ibu yang bijak. Dia menggunakan permainan untuk mengendalikan psikologi di belakang kes ini. Dia menolong anaknya bertukar watak dari pasif kepada aktif. Mereka boleh cakap sebarangan tetapi saya yang mengawal diri untuk “tidak membalas”. Saya ialah orang yang menguasai. Saya sangat jelas dengan apa yang saya lakukan. Kemudian, saya pun menunggu “keputusan”permainan ini. Kamu tidak berubah tetapi saya telah berubah. Saya yang menentukan perubahan yang berlaku!
Yang mengaumkan ialah pelawan dalam permainan ini ialah ibu dan hadiah ialah “makanan tengah hari yang lumayan”. Psikoterapi ini penuh dengan cabaran dan juga kasih sayang.
Sudut Renungan
Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya “Berhenti”tidak dapat menahan orang lain?
- Mengawal emosi dengan baik dan menghadapi pembuli dengan sifat positif. Jangan ‘gigi diganti gigi’.
- Tegaskan kepada pembuli bahawa “Saya tidak suka sebegini”, untuk mengelakkan buli yang berpangjangan.
- Mencerminkan situasi kepada guru, ibu bapa atau guru kaunseling secara peribadi.
- Elakkan pergi ke sudut sekolah atau kelas bersendirian.
- Jika tidak dapat dielakkan, sila beritahu rakan-rakan, guru atau ibu bapa tempat tuju kamu.
- Kamu boleh menghubungi agensi yang berkaitan, seperti menelefon 15999(Talian Kasih), 1300-88-2999 (Cybersecurity).
Apakah yang boleh kamu lakukan sekiranya kamu ternampak orang lain dibuli?
- Menjerit dengan kuat: menarik perhatian orang lain agar pembulian dihentikan.
- Jangan menyertai: sebarang kelakuaan, seperti ketawa, menjadi penonton atau membuat apa-apa yang mendorong kitaran jahat ini. Kamu perlu minta pertolongan orang dewasa dengan segera untuk mengelakkan kes buli daripada berlaku lagi.
Sumber artikel:梁婷婷《我能不一样》,文桥传播中心有限公司