Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang petani yang terkenal dengan otaknya yang bijak. Ini adalah kerana dia sering berfikir cara untuk mendapat keuntungan yang lebih banyak tanpa bekerja keras.
Pada musim luruh, tibanya masa untuk menuai ubi kentang. Untuk memperolehi keuntungan yang lebih baik, semua orang akan mengasingkan ubi kentang mengikut saiz ubi kentang yang besar, sederhana dan kecil. Mereka akan bangun sebelum matahari terbit untuk mengasingkan ubi kentang dan berharap dapat menghantar ubi kentang ke bandar dengan secepat mungkin untuk dijual.
Petani ini berbeza dengan yang lain. Dia tidak mengasingkan ubi kentang mengikut saiz dan terus masukkan ubi kentang ke dalam guni. Dia juga tidak menggunakan jalan yang rata untuk pergi ke bandar. Dia pergi ke bandar dengan menggunakan jalan yang tidak rata dan menggerutu. Ubi kentang tergoncang-goncang disebabkan oleh jalan yang tidak rata. Ubi kentang yang bersaiz kecil akan jatuh ke bahagian bawah guni dan ubi kentang yang bersaiz besar tertinggal di bahagian atas. Oleh itu, petani itu dapat tiba di bandar dengan lebih awal dan mendapat keuntungan yang lebih banyak berbanding dengan orang lain.
Persepsi:
Apa yang menakutkan dalam proses penciptaan ialah kekurangan imajinasi. Einstein berkata: “Imajinasi lebih penting daripada pengetahuan.” Segala ciptaan manusia berasal dari imajinasi. Marilah kita sering gunakan otak dan memperkembangkan imajinasi agar mendapat hasil yang berbeza dengan orang lain dalam kehidupan dan kerja.
Sumber artikel:张婧《心灵盛宴:只需改变自己一点点》,朝华出版社