Semangat Pertandingan Bola 

Satu penghakiman yang tidak jelas akan menimbulkan konflik dalam mana-mana satu pertandingan bola persahabatan. Namun begitu, kebanyakkan konflik bukan berlaku antara pemain bola tetapi ia berlaku di antara ibu bapa. Bagi anak-anak, pertandingan bola adalah untuk kesihatan badan, tetapi, terdapat ibu bapa yang terlalu mementingkan keputusan perlawanan. Sebelum perlawanan besbol atau bola sepak, kita selalu terdengar ibu bapa berkata: “Saya akan membawa kamu pergi makan dan memberi kamu hadiah jika kamu menang.”Dengan dorongan ini, apakah perasaan anak yang telah cuba sedaya upaya tetapi masih kalah dalam perlawanan?

Sudah tentu, perlawanan persahabatan tiada masalah dan anak-anak perlu diberi galakkan untuk mencapai kejayaan. Namun begitu, sesetengah ibu bapa telah menjadi jurucakap kepada anak-anak, menangkap setiap butiran dengan terperinci dan emosi mereka naik turun dengan kekalahan atau kemenangan. Ibu bapa yang kekurangan semangat sukan akan menjadi teladan buruk kepada anak. Pada masa yang sama, ini juga menunjukkan ibu bapa ini tidak mendapat keputusan yang memuaskan dalam proses pertumbuhan mereka. Oleh itu, mereka menaruh harapan kepada anak.

Ibu bapa yang suka mengambil ahli peranan anak menyebabkan anak tidak dapat menikmati manfaat pertandingan persahabatan, malah merobohkan keyakinan mereka dan menjejaskan persepsi hidup mereka.

Sumber artikel:Majalah Focus on the Family Malaysia

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.