
Kristus mengasihi kita walaupun kita tiada apa-apa yang bernilai. Kita tiada apa-apa kebaikan yang dapat menarik perhatian-Nya. Semua adalah keji di dalam mata Tuhan yang suci, tetapi Kristus tetap menggunakan kasih-Nya yang limpah-limpah untuk menukar kasih kita kepada-Nya.
Ini adalah kata-kata ahli teologi, Jonathan Edwards, 1703-1758. Dia ialah salah seorang ahli teologi terbesar di Amerika Syarikat dan pendakwah kebangkitan abad ke-18. Dia menggunakan kata-kata ini untuk menjelaskan “Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita.” (Roma 5:8) Ini ialah kasih kurnia Tuhan.
Cara untuk mendapat kasih orang lain bukan dengan mengawal, mengancam atau meminta belas kasihan. Cara yang tunggal ialah: mengasihi.
Kamu mungkin berasa kekasih kamu tiada kelebihan, sudah tua dan mempunyai sikap yang buruk, terutamanya apabila hubungan di antara kamu berdua tidak baik. Kasih ialah mencintai selama-lamanya, seperti Kristus mencintai kita.
Kasih kurnia Tuhan membolehkan kamu memperolehi kasih Kristus dan seterusnya kamu boleh menggunakan kasih kamu untuk memperolehi kasih kekasih.
Berdoa untuk Kekasih
Ramai orang akan berdoa untuk kekasih. Ramai akan terlupa Tuhan ketika berpacaran, tetapi tidak tahu untuk berdoa ketika hubungan menjadi renggang atau ketika dilingkupi emosi negatif. Kadang-kadang berdoa menjadi satu perkara yang begitu susah.
Kamu boleh cuba sediakan satu doa terlebih dahulu. Kamu boleh menggunakan doa ini untuk berdoa ketika hubungan antara kamu dan kekasih menjadi renggang. Sila menggunakan titik utama berikut apabila kamu menulis doa:
- Terima kasih Tuhan atas proses kamu berdua berkenalan.
- Terima kasih Tuhan apabila kamu terfikir kebaikan kekasih dan mengapa kamu memilihnya pada permulaan.
- Terima kasih Tuhan apabila teringat kembali bagaimana kekasih kamu membawa kegembiraan kepada kamu.
- Terima kasih Tuhan atas hubungan ini, bagaimana kekasih kamu mempengaruhi perkembangan atau pertukaran kamu.
- Ingat kembali apa yang berlaku atau dialami, ataupun, bagaimana keluarga asli mempengaruhinya. Minta Tuhan terus memberkati atau mengubati semua yang sukacita dan dukacita.
- Berdoa untuk kekasih agar dia dapat menjadi gembira dan bertumbuh dalam hubungan. Biar Tuhan menggunakan kamu untuk menolong kekasih menjadi gembira dan bertambah baik.
Sumber artikel:伍咏光《爱,要勇敢——恋爱的心理分析》,突破出版社