Menyebarkan Kasih kepada Orang Ramai 

Suatu hari, seorang ahli falsafah menanya pelajarnya: “Apakah harta yang paling comel dan berharga di dunia ini?” Pelajarnya mengeluarkan pendapat yang berlainan. Akhirnya, seorang pelajar menjawab: “Harta yang paling comel dan berharta di dunia ini ialah kasih sayang.”

Ada orang berkata: “Dunia ini akan bertukar menjadi kubur sekiranya kasih sayang dialihkan dari dunia ini.” Ini memang benar. Tempat yang tiada kasih sayang bukan sahaja bagai kubur, malah ia bagai neraka. Bak pepatah: yang tegak disokong, yang rebah ditindih. Terdapat berapa orang yang benar-benar mempunyai kasih sayang di dunia ini?

Kasih sayang adalah satu keupayaan, satu sikap dan ia satu seni yang perlu dipelajari. Kasih sayang adalah berdasarkan pemberian, prihatin, tanggungjawab, hormat-menghormati dan pemahaman.

Kasih sayang bukan sahaja memberikan barang fizikal malah ia adalah sikap kita terhadap orang lain. Seperti yang dikatakan oleh Yesus: “Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu.” (Matius 5:44) Ini ialah kasih yang menyeluruh.

Kasih adalah menyangkal diri. Yesus ialah raja di syurga tetapi Dia datang ke dunia ini untuk menyelamatkan manusia yang berdosa. Yesus dilahirkan dengan hamba di dalam kandang dan akhirnya mengorbankan diri di atas kayu salib. Dengan demikian, kasih-Nya yang menyangkal diri ditunjukkan.

Tidak ramai orang yang sudi menjadi pengganti dosa tetapi kita boleh meluangkan masa untuk menyebarkan kasih kepada orang ramai. Contohnya, kita boleh menyertai perarakan Kristmas, menjenguk orang sakit di hospital atau memberi barang keperluan kepada orang yang memerlukan. Kesimpulannya, Tuhan memberi kamu 24 jam sehari dan kamu tentu mempunyai masa dan peluang untuk menyebarkan kasih kepada orang ramai.

Sumber artikel:《平静花开忙碌天》
Penulis:陈朝强

About the author