Niat Membunuh Diri di Kalangan Remaja 

Orang yang berniat untuk membunuh diri berasa tiada lagi harapan untuk hidup dengan baik. Pada saat itu, mereka hanya terfikir untuk mati. Niat membunuh diri tidak boleh diabaikan kerana ia sangat benar, berkuasa dan  berpengaruh secara langsung.

Hakikatnya, membunuh diri ialah menggunakan penyelesaian abadi untuk menyelesaikan masalah yang sementara. Orang yang mengalami kemurungan biasanya akan menggunakan fikiran yang cetek untuk memerhati dan befikir masalah. Namun, fikirannya akan berubah selepas seminggu atau sebulan.

Kebanyakkan orang yang pernah mempunyai niat membunuh diri, kini bersukacita kerana masih hidup. Mereka berkata pada ketika itu, mereka bukan mahu menamatkan nyawa. Mereka cuma ingin menamatkan kesengsaraan. Ini berlaku terutamanya di kalangan pemuda dan pemudi. Mereka kehilangan nyawa yang berharga disebabkan oleh fikiran yang naif. Orang yang diselamatkan menyatakan bahawa mereka tidak akan membunuh diri lagi. Namun begitu, ada berapa orang yang bernasib baik dan dapat diselamatkan?

Orang yang mempunyai niat untuk membunuh diri tidak boleh berhadapan dengan masalah besendirian, tetapi perlu mencari pertolongan dengan segera. Langkah yang paling penting ialah berbual dengan ahli keluarga, rakan-rakan atau rakan sekerja dan ini dapat memberi kelegaan.

Terdapat orang yang tidak dapat berbual dengan ahli keluarga atau rakan disebabkan oleh pelbagai faktor. Mereka berasa lebih senang untuk meluahkan perasaan kepada orang asing. Di seluruh dunia terdapat pusat-pusat pertolongan. Pusat-pusat ini mempunyai sukarelawan yang sudi mendengar. Masalahnya, pesakit kemurungan biasanya bersikap introvert dan tidak suka bergaul dengan orang, malah mereka akan menghakimi orang lain. Oleh itu, kamu perlu mengubah fikiran kamu dahulu sebelum kamu dapat menyelamatkan diri sendiri.

Pilihan yang lain adalah berbual dengah ahli terapi. Seseorang yang mengalami gangguan emosi yang berpanjangan atau mempunyai niat membunuh diri kemungkinan mempunyai penyakit kemurungan. Ini biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan zat kimia dalam otak. Ini dapat dibetulkan dengan menggunakan ubat atau terapi yang dicadangkan oleh doktor.

“Masa” adalah kunci untuk mengatasi kemurungan. Namun, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada saat seterusnya. Sila luahkan perasaan kamu dengan segera apabila tertimbul niat membunuh diri.

Manusia akan memedam perasaan disebabkan oleh keangkuhan, keangkuhan menyebabkan manusia tidak ingin mencari pertolongan, manusia menamatkan nyawa apabila tiada harapan, dan menuduh dunia ini kejam.

Sumber artikel:袁凤珠《人生GPS导航青少年》,文桥传播中心有限公司

About the author