Cadangan yang diberikan kepada suami isteri sama ada untuk menyelesaikan konflik perkahwinan atau mengekalkan hubungan suami isteri yang baik, adalah berkata benar.
Cara yang paling baik untuk mengekalkan perkahwinan yang bahagia adalah saling bertanggungjawab terhadap pasangan berdasarkan kasih sayang. Dalam kata lain, suami dan isteri perlu saling menghormati. Contohnya, isteri saya telah menyediakan makanan yang enak dan menunggu saya balik makan malam, tetapi saya perlu bekerja lebih masa di syarikat. Saya perlu menelefon untuk memberitahunya bahawa saya akan balik lewat. Jika saya tidak memberitahu isteri saya terlebih dahulu, tentu dia akan berasa sangat marah.
Isteri saya akan berasa saya tidak menghormatinya dan bersikap tidak sopan. Pandanganya adalah betul. Hakikatnya, dia akan berkata: “Kamu bersifat melampau dan saya tidak dapat bertoleransi dengan orang yang mementingkan diri.” Namun begitu, dia tetap akan menggunakan kasih sayang untuk memberitahu saya. Saya meminta maaf dan kami berbaik semula.
Perkahwinan yang bahagia memerlukan usaha kedua-dua suami dan isteri dalam pelbagai hal dan ini termasuk saling menghormati. Tentu sekali, saya tidak bermaksud meleter atau merendahkan pasangan di depan orang lain. Suami dan isteri perlu berkata benar dalam kasih sayang. Perkahwinan akan menjadi lebih bahagia apabila kita saling mengingati dan menasihati.
Pelbagai masalah tertimbul dalam perkahwinan kerana tiada komunikasi yang berkesan sesama suami isteri atau kerana dendam yang terlalu lama dan dalam. Ini dapat dielakkan dengan berkata benar dan saling bertanggungjawab.
Sumber artikel:Majalah Focus on the Family Malaysia