Komunikasi Berkesan DESC 

Setelah berkahwin selama 16 tahun, ini adalah kali pertama Napier mendengar isterinya, Rose, berkata dengan nada yang sangat teruja: “Saya tidak mahu buat apa-apa,saya cuma mahu pergi berjalan-jalan, meninggalkan anda, anak-anak, rumah ini dan segalanya!”Dia menyedari kemungkinan untuk bercerai semakin meningkat. Ahli terapi keluarga menolong Napier dan isterinya menyedari kepentingkan komunikasi berkesan dalam satu perkahwinan.

Empat ciri utama dalam komunikasi berkesan adalah: menghuraikan fakta (Describe), menyatakan perasaan (Express), memberi cadangan secara bijak (Suggest), hasil yang baik (Consequences)

  1. Menghuraikan fakta:Hanya menyatakan keadaan objektif pada masa itu, contohnya, “Mengapa kamu belum balik lagi? Sudah pukul 12 malam.”
  2. Menyatakan perasaan:Menyatakan perasaan, contohnya: “Saya sangat bimbang akan keselamatan kamu.”
  3. Memberi cadangan secara bijak:Menggunakan nada yang lembut untuk memberikan cadangan yang lebih baik, contohnya, “Sila memberitahu saya dengan awal jika kamu tidak balik untuk makan.”
  4. Hasil yang baik:Biarlah komunikasi berakhir dengan gembira, contohnya, “Ataupun kita boleh keluar untuk makan sambil menikmati malam yang romantis.”

Apabila anda mendengar kata-kata pasangan anda yang munasabah, ingatlah untuk bertindak balas, kerana komunikasi memerlukan kedua-dua pihak untuk membuka hati mereka dan berterus-terang. 

Sumber artikel:Focus Family

About the author