Michael Jackson, Raja rock ‘n’ roll yang telah meninggal dunia menjalankan banyak pembedahan plastik untuk menyempurnakan rupanya dan dia berjaya menukar warna kulitnya menjadi putih. Pembedahan yang berulang kali menyebabkan dia menghadapi pelbagai masalah. Sesetengah orang menjolok tekak untuk mengurangkan berat badan sehingga menghadapi masalah tabiat makan bercelaru. Sesetengah pula sanggup menahan sakit untuk menjalani pembedahan demi penampilan yang menawan. Adakah ini berbaloi?
Apabila seorang tidak dapat menerima diri sendiri, pastinya dia tiada bersemangat untuk hidup. Dia akan ditewaskan oleh rendah diri dan ketidaksempurnaan. Dia tidak dapat menerima kekurangan diri dan akan menjadi seorang yang gagal seumur hidupnya.
Deng YaPing, seorang pemain tenis meja, hanya mempunyai ketinggian seorang murid darjah enam, iaitu 4 kaki 11 inci. Namun begitu, dia memenangi kejohonan dunia pada umur 14 dan mendapat pelbagai kejuaraan terkemuka di dunia pada umur 17. Dia dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa selepas bersara. Deng Xiaoping, Eric Tsang Chi Wai, Teddy Robin…mereka semua berbadan kecil tetapi akhirnya menjadi orang yang terkenal.
Tidak dapat dinafikan, semua orang mempunyai hak untuk memiliki penampilan yang cantik tetapi dengan menggunakan sikap dan cara yang betul. Pada pendapat saya, penampilan fizikal hanya bersifat sementara. Ia akan hilang apabila masa berlalu. Perut yang buncit, kulit yang berkedut, rambut putih… dengan kejamnya semua ini meninggalkan tanda-tanda yang tidak dapat dihapuskan pada badan kita. Ia tetap akan melanda dan ‘merampas’ kecantikan yang kamu ada walaupun kamu tidak sudi atau telah menggunakan barang komestik yang mahal. Oleh itu, kita perlu menerima ketidaksempurnaan dan kekurangan diri.
Hirotada Ototake, seorang penulis yang masyhur di Jepun, dilahirkan tanpa tangan and kaki. Suatu kali, apabila dia ditemuduga di Taiwan, dia memberitahu wartawan: “kecacatan fizikal bukan Hari Kiamat, ia cuma satu ciri istimewa badan saya. Dengan ciri istimewa ini, orang lagi senang mengingati saya.” Hirotada Ototake menjadi penulis yang terkenal di dunia kerana dia dapat menerima diri sendiri.
Stesen Perkembangan Rohani
Setiap orang adalah unik dan diberi kehormatan yang tidak dapat dibandingkan. Kita perlu menghargai diri sendiri dan berusaha meningkatkan nilai diri. Rupa fizikal bersifat sementara namun kecantikan dalaman adalah kekal.
Submer artikel: The Bridge Communication SDN. BHD.