
Satu cara yang senang untuk menikmati kehidupan keluarga adalah dengan perlahankan rentak hidup.
Masyarakat hari ini semakin sibuk dan cemas, mereka sibuk dengan kerja dan interaksi sosial. Jarang sekali mereka dapat duduk berehat dan berbual-bual dengan ahli keluarga. Kehidupan yang sibuk ini bukan sahaja membawa kesan buruk kepada diri sendiri malah juga kepada ahli keluarga. Walaupun ini ialah lumrah masyarakat kini namun kita perlu memperlahankan rentak hidup. Terdapat satu cara yang mudah untuk menikmati kehidupan keluarga yang sihat dan gembira, tetapi ini perlu kerjasama daripada semua ahli keluarga.
Pertama, kurangkan aktiviti yang sedia ada ataupun tidak menambah aktiviti baru. Kedua, belajar berkata “tak nak” kepada aktiviti sosial dan mengatur masa yang tetap untuk perhimpunan keluarga. Ini adalah perkara yang susah dilaksanakan dalam masyarakat kini, tetapi ia adalah perkara yang berbaloi untuk dilakukan. Keluarga yang sangat sibuk juga dapat memperlahankan rentak hidup jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankannya. Dengan itu, kita dapat menikmati kehidupan keluarga yang sihat dan sempurna.
Sumber artikel:Majalah Focus on the Family Malaysia