Persoalan perempuan:
Apakah yang saya telah buat dengan tidak bagus?
Adakah dia mencintai orang lain?
Adakah dia akan menghubungi saya lagi?
Apa yang boleh saya buat untuk menarik perhatiannya?
Adalah sangat normal untuk wanita berfikir sebegini apabila satu hubungan masih berada di peringkat yang belum dikenal pasti. Malangnya, semua persoalan ini menyebabkan perempuan membuangkan sifat malunya dan mula mengejar lelaki. Sebenarnya, apabila lelaki berhenti mengejar, perempuan tidak perlu berasa cemas dan cuma perlu menunggu dengan sabar. Perempuan perlu menangani perasaan ingin tahu kerana bukan semua perkara perlu diketahui dengan jelas.
Apabila berada di peringkat hubungan yang belum dikenal pasti, ini merupakan satu peluang yang baik bagi perempuan untuk berfikir dengan teliti. Pada ketika itu, perempuan boleh berfikir: dalam tempoh pergaulan ini, apa saya boleh dapati dari lelaki ini? Adakah ia pergantungan emosi? Atau sokongan material? Ini adalah peluang yang baik untuk perempuan berfikir tentang apa yang dia akan perolehi pada masa depan. Apa yang lagi penting ialah perempuan menggunakan persahabatan ini untuk memenuhi kekosongan yang sementara ini. Peringkat ini digunakan untuk menguji sama ada lelaki itu sesuai untuknya. Hanya dengan peringkat pengujian ini, kamu berdua dapat memasuki peringkat seterusnya.
Jika lelaki memilih untuk meninggalkan pada peringkat itu, biarlah dia menghala ke tujuan seterusnya dengan hati yang murah dan memberkatinya. Lelaki adalah bagai tali getah. Apabila mereka berjalan jauh, jangan kerja. Mereka akan datang balik sendiri. Setelah beberapa kali berulang-alik, maka dia dapat kenal pasti untuk menjalin hubungan yang kekal dengan kamu atau tidak.
Lelaki akan semakin berminat dengan perempuan apabila perempuan memberi ruang yang secukupnya untuk mereka. Pada masa yang sama, perempuan juga boleh berfikir sama ada lelaki itu sesuai untuknya pergi ke peringkat hubungan yang seterusnya. Jika kamu sentiasa terfikir tentang lelaki itu pada masa itu, maka ia satu penanda yang baik.
Sumber artikel:约翰·格雷著,白莲译《男人来自火星,女人来自金星》,中华工商联合出版社