Ibu pasti akan menyukai apa-apa sahaja hadiah yang kamu berikan, tetapi, hadiah yang paling menyentuh hatinya mestilah hadiah buatan sendiri! Hadiah buatan sendiri adalah paling intim dan bermakna.
Hadiah Buatan Sendiri untuk Hari Ibu
- Masakan Sendiri
Kamu boleh membawa ibu untuk menikmati hidangan lazat di restoran atau menyediakan hidangan kegemarannya sendiri. - Kad Buatan Sendiri
Gunakan kreativiti kita untuk membuat kad ucapan Hari Ibu untuk mengucapkan terima kasih atas kasih ibu yang tiada penghujung. - Kek Buatan Sendiri
Mebuat sebiji kek yang lazat dan ditulis di atasnya “Selamat Hari Ibu” atau kata-kata ucapan yang lain. - Bunga Teluki DIY
Bunga teluki melambangkan kasih sayang, kemesraan dan lain-lain. Berikan bunga teluki kepada orang yang tersayang supaya kemesraan dikekalkan setiap hari. - Album Foto DIY
Kita boleh buat satu album foto untuk merekod detik-detik menarik bersama ibu, waktu muda ibu, detik-detik pembesaran kita, waktu-waktu gembira ketika melancong dan sebagainya. Apabila ibu terfikir akan kita, dia boleh melihat album foto dan mengenangkan setiap proses pembesaran kita.
Selain itu…
- Tolong ibu membuat kerja rumah, membasuh pinggan mangguk, mop lantai, cuci kaki atau mengurut badan.
- Meluangkan sehari untuk menemani ibu
- Membawa ibu pergi membuat pemeriksaan badan
- Menempah sejambak bunga untuk memeranjatkan ibu pada Hari Ibu.
- Memeluk ibu, menciumnya dan memberitahunya “Saya sayang kamu”.