Selepas Penceraian 

Adakah penceraian dapat menyelesaikan masalah? Ataupun ia permulaan kepada pelbagai masalah? Mari kita lihat statistik Amerika:

  1. Dalam tempoh setahun selepas bercerai, kos kehidupan lelaki dan perempuan akan meningkat dalam purata 42%; bagi perempuan (termasuk anak), mereka perlu mengurangkan perbelanjaan sebanyak 73% untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan.
  2. Bagi anak-anak yang masih bersekolah, 40%-75% kanak-kanak perlu mengulang pelajaran pada tahun itu dan 70% anak-anak akan berhenti sekolah
  3. Remaja yang tinggal bersama dengan ibu atau bapa tiri lebih cenderung untuk lari dari rumah.
  4. Anak lelaki yang kecil akan sentiasa bermimpi buruk jika bapanya tiba-tiba meninggalkan rumah dan menyebabkannya sangat “mengingini” bapa. Apabila masuk ke zaman remaja, dia akan bersifat agresif, menyertai aktiviti gang, emosi dan sikap yang buruk akan menjadi semakin jelas.
  5. Bagi anak perempuan pula, mereka lebih cenderung berasa gelisah dan bersalah. Apabila masuk ke zaman remaja, mereka lebih cenderung melakukan seks sebelum kahwin, mengandung sebelum kahwin, atau berkahwin pada usia yang sangat muda, dan lebih kemungkinan melalui perceraian dalam kehidupan mereka sendiri atau tinggal berasingan dengan suami selepas berkahwin.
  6. Anak-anak dalam keluarga yang bercerai lebih kemungkinan mengalami kemurungan, menagih dadah, minum arak dan mempunyai hubungan interpersonal yang lemah.
  7. Apabila berdepan dengan masalah perkahwinan, ramai suami isteri berputus asa dan berasa malu untuk minta pertolongan dari kaunselor perkahwinan. Oleh itu, masalah terus berkembang dan perkahwinan tidak dapat diselamatkan. Baik mencari pertolongan bersama dengan pasangan anda dan mengekalkan keluarga yang sempurna ataupun anda perlu berdepan dengan lebih banyak masalah yang akan tertimbul selepas penceraian.
Sumber artikel:爱家杂志

About the author