“Bagaimana jika ibu bapa melawan pacaran?”
A: Ramai pelajar terdengar cikgu berkata “pelajar menengah tidak sesuai untuk berpacaran”, tetapi tidak ramai yang mengambil ini dengan serius. Saya boleh memahami keinginan untuk berpacaran, tetapi saya rasa ia perlu menunggu masa yang matang dan betul. “Matang”bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga kematangan secara emosi, personaliti dan cara mengendalikan hal ehwal. Bagi pelajar sekolah menengah yang baru berumur beberapa belas tahun, kebanyakan tidak mempunyai kematangan sebegini untuk menanggung dan mengendali cinta. Selain itu, adalah susah bagi orang muda yang belum matang untuk membezakan antara suka dan cinta.
Saya pernah bertemu dengan pelajar yang menangis setiap malam kerana tidak pasti sang pacar mengambil berat tentangnya. Saya juga bertembung dengan pelajar yang diminta untuk menjadi pasangan untuk lima hari sahaja dan berpisah pada hari ke-enam. Kes cinta pelajar sekolah menengah yang saya bertembung adalah seperti: pelajar yang menganiayai diri sendiri, mengabaikan pelajaran, cinta tiga segi, cinta empat segi, keluar dari rumah demi kawan lelaki yang menghisap dadah, ingin membunuh diri dan sebagainya. Terdapat juga orang yang tertagih kepada cinta dan kerap menukar pasangan. Saya tidak berani untuk menyatakan orang dewasa dapat mengendalikan cinta dengan lebih baik. Namun begitu, kebarangkalian cinta pelajar sekolah menengah untuk bermasalah adalah lebih tinggi. Matlamat berpacaran adalah menuju ke perkahwinan. Bagi pelajar sekolah menengah, perkahwinan adalah perkara yang lagi lama. Pelajar sekolah menengah harus fokus kepada pelajaran.
“Adakah kita mencintai pacaran atau kita mencintai pasangan kita?”Ini adalah persoalan yang menarik bagi saya dan ia layak dipertimbangkan. Ramai ahli sains membuat kajian terhadap orang yang sedang bercinta. Mereka mendapati saraf otak orang yang bercinta adalah berbeza dengan orang biasa. Bahagian ventral tegmental dan caudate nukleus adalah lebih aktif dan otak juga akan mengeluarkan neurotransmitter tertentu, contohnya, dopamine, yang boleh menyebabkan orang berasa gembira. Oleh itu, orang yang sedang bercinta akan kehilangan rational, mengabaikan pelajaran, persahabtan, hubungan keluarga dan sebagainya.
Hakikatnya, tarikan terhadap pasangan yang berlainan seks pada waktu remaja adalah normal. Pemuda-pemudi perlu belajar untuk bergaul dan berkomunikasi pada waktu remaja. Kita perlu meluangkan masa untuk memahami dan mengenali perbezaan antara berlainan jantina. Selain perbezaan fizikal, lelaki dan perempuan juga berbeza dari segi emosi, pandangan, cara mengendalikan hal ehwal dan sebaginya. Mengenali kawan yang berlainan jantina tidak bermaksud perlu berpacaran. Dengan ini, pelajaran tidak akan diabaikan. Malah juga dapat mengelakkan perjalinan satu hubungan yang tidak matang dan akhirnya membawa kesusahan kepada diri sendiri dan orang lain.
Kita tidak semestinya tergesa-gesa untuk mengisytiharkan cinta dan berpacaran. Sebaliknya, kita boleh melengkapkan diri menjadi orang yang matang, menjalin hubungan persahabatan dan mengenali orang tersebut dengan lebih dalam di kalangan kawan-kawan. Jika kedua-dua pihak masih mencintai sesama selepas sekolah menengah, maka mereka boleh memasuki hubugnan cinta. Cinta yang sejati dapat mengatasi ujian kelaluan masa.
Sumber artikel:梁婷婷《够好的生命花园》,文桥传播中心有限公司