
Arau, 31hb: Kira-kira 390,000 orang atau 72.1% pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berminat untuk meneruskan pelajaran dan memilik untuk bekerja. Orang muda sekarang lebih berminat untuk menjadi pempengaruh media sosial, pemandu e-hailing dan penghantar makanan. Menurut statistik, pada tahun 2019, antara 560,000 orang lepasan SPM, hanya 170,000 orang menyambung pelajaran manakala 390,000 orang memilih untuk mula bekerja. Dipercayai bahawa tahun 2020 dan tahun 2021 juga akan menunjukkan trend sebegini.
Tiga faktor yang menyebabkan pemuda yang berumur di antara 17 dan 18 tahun tidak berminat untuk meneruskan pelajaran adalah: ekonomi gig yang menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, pengaruh media sosial dan mereka berpendapat mereka tidak semestinya mendapat tawaran pekerjaan yang baik walaupun memperolehi keputusan yang cemerlang.
Menurut pensyarah Pusat Keusahawanan, Jaringan Industri & Masyarakat, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), trend ini akan menjejaskan pembangunan negara. Kini ekonomi gig menawarkan pelbagai pekerjaan baru seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan dalam pelbagai aplikasi.
Dia berkata, ramai pelajar tidak berminat untuk meneruskan pelajaran. Mereka berpendapat mereka boleh memperolehi peluang bekerja dari ekonomi gig, malah pendapatan yang lebih lumayan.
“Namun begitu, semua pekerjaan ini boleh diganti dan adalah susah untuk mereka mengekalkan kelebihan daya saing.”
Dia berkata, kini ramai pemuda dipengaruhi oleh media sosial dan berpendapat pendapat pempengaruh media sosial adalah lumayan. Mereka ingat ia sangat senang. Sebenarnya, apabila dibandingkan dengan penggunaan medial sosial yang luas, hanya sedikit orang yang memperolehi pendapatan yang lumayan.
Kesusahan mencari kerja selepas tamat pelajaran menyebabkan ramai lepasan SPM tidak menyambung pelajaran. Selain keputusan pelajaran dan kemahiran, majikan juga mengambil kira watak dan potensi seseorang. Tidak syak lagi, mencari kerja merupakan cabaran selepas tamat pelajaran. Selain jenis pekerjaan dan pendapatan, banyak unsur perlu dipertimbangkan oleh majikan dan graduan. Contohnya, tempat bekerja, pengangkutan, prospek pekerjaan dan lain-lain perlu dipertimbangkan. Pelajar-pelajar digalakkan untuk terus berusaha kerana ia memerlukan masa dan satu proses untuk mencari pekerjaan yang sesuai.
Dia berpendapat lepasan SPM perlu meneruskan pelajaran untuk meningkatkan kelayakan akademik dan kemahiran agar mereka dapat mencari pekerjaan di bidang pekerjaan tersebut. Pelajar juga perlu meningkatkan kemahiran diri, contohnya, daya pimpinan, kejujuran, keupayaan menyesuaikan diri, semangat profesional, keyakinan diri dan bertanggungjawab.
Sumber aritkel:Harian See Hua, 31/07/2022