
Emosi ialah sejenis energi dan perlu disalurkan dengan cara yang sesuai. Adalah susah untuk manusia untuk memahami punca-punca kemarahan pada saat dia sedang bermarah. Contohnya, perkara pertama yang dilakukan semasa kebakaran adalah untuk memadam api dan bukannya meneka siapa yang menyebabkan kebakaran.
Tiga Jenis Orang yang Menderita kerana Marah
Saya pernah terbaca sebuah buku yang bertajuk“Hidup Tanpa Kemarahan”, yang ditulis oleh W.Vajramedhi. Isi kandungannya menyentuh tentang orang yang sedang bermarah boleh dikategorikan kepada tiga jenis:
- Marah Seperti Seorang Pengukir Batu
Orang pertama ini lebih senang untuk berdendam. Kadang-kadang, dia akan berfikir tanpa berhenti punca-punca hal dan tidak dapat melupakan kemarahan. - Marah Seperti Pelukis Pasir
Walaupun berasa marah namun orang kedua ini tidak membiarkan perasaan marah menguasai dirinya untuk terlalu lama. Ia ibarat lukisan yang terlukis di atas pasir pantai yang cepat dihapuskan oleh ombak. - Marah Seperti Percikan Air
Untuk orang jenis ketiga, mereka dapat melenyapkan kemarahan serta-merta. Mereka tahu bahawa kemarahan hanya emosi sementara. Ia ibarat melukis di atas air dengan ranting pokok dan tidak meninggalkan apa-apa jejak.
Cara Melepaskan Kemarahan
Biasanya, kita tidak dapat berfikir dengan rasional apabila berdepan dengan emosi yang mengganggukan. Cara untuk menyalurkan emosi adalah dengan memperhatikan keadaan fizikal sendiri, bersenam atau bertukar membuat aktiviti lain.
- Berundur dari tempat kejadiaan.
- Jangan membuat apa-apa pilihan atau keputusan apabila anda masih berasa marah.
- Membuat aktiviti yang digemari seperti: berenang, melukis, mendengar muzik, menonton drama, menulis diari, memasak, membersihkan tandas, memberitahu kawan tentang kesusahna kamu dan sebagainya.
Kita perlu melepaskan kemarahan dengan cara yang betul. Apabila masa yang diperlukan untuk melepaskan kemarahan menjadi semakin kurang, ini menunjukkan kita sudah bertambah baik. Kita dapat berfikir tentang keperluaan di belakang kemarahan apabila kita sudah tidak marah.
Sumber artikel:中学生,269季刊