Ramai orang mengabaikan sarapan disebabkan bangun lewat atau bergegas ke tempat kerja. Namun, ada juga orang yang berpendapat sarapan, sebagai hidangan pertama dalam sehari, adalah sangat penting. Persoalan “perlu atau tidak perlu makan sarapan” mempunyai banyak pandangan kerana banyak orang banyak ragam. Baru-baru ini, seorang doktor dari Kanada, menyatakan bahawa, sebenarnya kesihatan tidak akan dijejas jika tidak makan sarapan. Sebaliknya, seseorang akan terlebih ambil kalori jika makan terlalu banyak sarapan.
Seorang doktor dari Kanada, Dr. Jason Fung, menyiarkan di PRESIDENT Online, kenyataan “Sarapan merupakan hidangan yang terpenting dalam sehari” tiada bukti saintifik. Dalam kata lain, tidak makan sarapan tidak semestinya akan menjejaskan kesihtan. Dia menggunakan negara Perancis yang terkenal dengan penduduknya yang kurus sebagai contoh. Kebanyakkan penduduk di Perancis hanya minum secawan kopi untuk sarapan manakala negara Amerika yang menekankan kepentingan makan sarapan pula mempunyai nisbah penduduk gemuk yang tertinggi.
Dr. Jason berpendapat kita tidak perlu makan sarapan serta merta selepas bangun pagi. Apabila manusia tidur pada waktu malam, badan akan menghasilkan hormon tumbesaran, hormon adrenalin dan sebagainya mengikut ritma sirkadian. Oleh itu, kebanyakkan orang tidak akan berasa lapar sebaik bangun pagi. Hormon yang dihasilkan pada waktu malam dapat membantu manusia menyediakan diri untuk memulakan aktiviti harian, tetapi tidak bersedia untuk mengambil sarapan. Kelaparan yang dirasai sebaik bangun pagi hanya satu tabiat yang dipupuk sejak kecil.
Terdapat juga orang yang berpendapat kuantiti makan tengah hari dan makan malam dapat dikurangkan asalkan sarapan diambil dengan baik-baik. Dr. Jason membantah keterangan ini. Pengajian membuktikan kandungan protein yang diambil semasa makan tengah hari dan makan malam adalah sama tidak kira berapa kalori yang diambil semasa sarapan. Adakalanya, pengambilan sarapan secara paksa rela akan menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan dan tidak dapat membantu menurunkan berat badan. Akhirnya, Dr. Jason juga menekankan kita boleh makan sarapan jika perut benar-benar berasa lapar sebaik bangun pagi, tetapi, elakkan mengambil makanan diproses dan kurangkan kandungan karbohidrat dan makanan rapu.
Sumber aritkel:See Hua Daily News,17/11/2021