Kita sering terbaca berita yang menyakitkan hati di media, contohnya, kamera tersembuyi dipasang di tandas dan bilik persalinan untuk mengintip wanita ataupun menggunakan telefon pintar untuk mengambil gambar di bawah kain wanita. Malah mereka akan memuat naik gambar tersebut ke media sosial atau menyebarkannya kepada orang lain melalui telefon pintar.
Mengintip ternyata merupakan gangguan psikologi. Pengintip mengambil risko untuk melakukan jenayah semata-mata untuk mengintip kesulitan orang lain. Perbuatan ini adalah salah di sisi undang-undang dan juga tidak bermoral.
Seorang ibu pernah menelefon saya untuk meminta pertolongan kerana anaknya mengintip orang yang sedang bermandi di rumah saudara. Jika tertangkap, pengintip biasaya akan dipukul atau ditangkap oleh polis. Namun begitu, pengintip biasanya kekurangan kesedaran.
Selepas itu, saya pun pergi ke rumahnya dan memberi kauseling kepadanya selama 2 jam. Saya menolongnya mencari balik maruah dan keyakinan diri. Saya amat mengagumi sikap ibu ini menghadapi hal ini kerana dia tidak berpengalaman mengendalikan kes ini dan meminta pertolngan daripada pakar kaunseling. Untuk ibu bapa yang bertindak secara melulu, perkara ini akan hilang kawalan malah tidak dapat menolong anak dan akan menyebabkan anak kehilangan keyakinan.
Perhatian:
Sikap ingin tahu akan tertimbul pada anak-anak remaja yang mengalami baligh, terutamanya di bawah ransangan hormon. Perkembangan fizikal remaja perempuan lebih ternyata, contohnya, buah dada mula membesar, punggung melebar, pertuturan dan tingkah laku yang menjadi lebih lembut dan menunjukkan ciri-ciri kewanitaan. Ini menyebabkan wujudnya perasaan ingin tahu pada kaum lelaki dan mereka akan melihat atau mengintip wanita. Untuk remaja lelaki, tubuh mereka berubah menjadi leibih gagah, bahu membesar dan menunjukkan ciri-ciri kematangan lelaki. Ini menyebabkan perempuan tertarik dan meminati kepada kaum lelaki dan tertimbulnya khayalan romantis. Namun begitu, kita perlu berwaspada kerana kita akan menghadapi cubaan dan godaan yang menyebabkan kita terjebak dalam kancah jenayah. Oleh itu, kita perlu jaga hati kita supaya tidak mengundang akibat yang buruk disebabkan oleh kejahilan.
Anak-anak yang dikasihi, jauhilah cubaan supaya dosa tiada peluang untuk mendekati kamu. Apbila kawan-kawan cuba memujuk atau menyeru kamu untuk melakukan perkara yang melanggar moral, cepatlah cabut lari dari tempat kejadian jika kamu tidak dapat menukar niat mereka!
Sumber aritkel: 庄双华、陈玉双《情+性停刊走》(第2版),The Bridge Communication SDN. BHD.