Cinta adalah Bertanggungjawab Baru Dikemas Kini

Kamu perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencintai orang lain

 “…tidak mencintai diri sendiri, bagaimana untuk saling menyayangi, bagaimana untuk memberi kebaikan kepada orang yang disayangi…”

 Faye Wong <Surat Cinta untuk Sendiri>

Seperti lirik di atas, jika kita tidak tahu menjaga dan menghargai diri sendiri, bagaimana kita dapat menjaga dan menghargai orang lain? Bagaimana menghargai diri sendiri? Persoalan ini nampaknya senang tetapi adakah kamu mampu melakukannya?

Secara ringkasnya, menyayangi diri sendiri adalah bertanggungjawab kepada nyawa sendiri. Tidak menamatkan nyawa biarpun apa perkara yang berlaku. Ini termasuk menjaga diri sendiri dengan baik agar tidak jatuh sakit. Jangan ingat berjalan dalam hujan adalah romantik dan memakai pakaian yang nipis pada cuaca sejuk sangat hebat. Yang lagi penting ialah kamu perlu menolak perkara yang akan memudaratkan diri sendiri, seperti, anak luar nikah, ketidaksetiaan kepada pasangan dan tidak serius dalam hubungan. Jika kamu serius tentang hidup kamu, kamu akan serius dalam setiap hubungan juga. Bertanggungjawab terhadap diri sendiri juga bermaksud bertanggungjawab kepada orang lain pada masa yang sama.

Bertanggungjawab terhadap Orang yang Mencintai Kamu

“…ada siapa lagi yang paling dekat dengan kita di dunia ini melainkan ibu bapa…”

-Hacken Lee

Pemuda-pemudi berasa ibu bap tidak suka mereka berpacaran. Oleh itu, mereka pun menyembunyikan dan berbohong. Akhirnya menyebabkan hubungan keluarga menjadi tegang. Pernahkan kamu terfikir, ibu bapa juga melalui zaman remaja, mereka juga pernah menyukai orang lain dan membuat perkara yang tidak diketahui oleh ibu bapa mereka?

Apakah yang dibuat oleh kamu sekarang adalah perkara yang pernah dialami oleh ibu bapa pada zaman remaja mereka. Oleh itu, mereka tentulah tahu kamu sedang berpacaran dan dapat memahami perasaan kamu.

Sumber artikel:《第一次只有一次》
Penulis:黄嘉仪

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *