Tanpa kekasih, kemungkinan tiada orang menemani kamu untuk menonton filem, makan atau meraihkan hari Valentine. Namun begitu, terdapat satu perkara yang hanya dapat dilakukan oleh kamu sendiri sahaja, iaitu, mencari balik diri sendiri yang lebih baik.
- Adakah kamu tahu bahawa penyalahan diri sendiri dan penghinaan diri yang berterusan akan memberi tamparan kepada diri sendiri?
- Adakah kamu pernah menubuh keyakinan diri? Menjadi diri sendiri yang benar? Hidup untuk diri sendiri?
- Adakah kamu menganggap orang lain (kekasih) sebagai seluruh dunia kamu?
- Adakah kamu berasa kehilangan sesuatu selepas putus cinta? Adakah ia mencerminkan harga diri?
- Adakah harga diri kamu dibina berdasarkan kekasih kamu? Apakah yang menetapkan harga diri? Adakah kamu sendiri yang menentukan harga diri?
- Adakah jiwa yang kosong berkaitan dengan proses pertumbuhan kamu? Adakah kamu mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa? Adakah kemarahan terhadap bekas kekasih sama seperti kemarahan kamu terhadap ibu bapa?
- Bagaimana merawat kekosongan jiwa? Adakah kamu dapat berubah diri menjadi lebih baik?
Kamu mungkin tidak percaya bahawa kamu boleh dikasihi oleh orang. Biarkan ia hanya satu halusinasi atau hipnosis diri, kamu perlu bayangkan kamu boleh dikasihi. Namun, tidak orang akan mengasihi kamu jika kamu terus menunjukkan muka yang tidak gembira.
Berlawanan makna dengan kasih ialah…
Seorang gadis yang terputus cinta mencurahkan kesedihannya kepada seorang orang bijak. Orang bijak menanyanya: “Apakah yang berlawanan makna dengan kasih?”
Dia menjawab: “Tentulah kebencian!”
Orang bijak berkata: “Seorang gadis telah berputus cinta dengan bekas kekasih selama 20 tahun. Suatu hari, mereka bertembung. Gadis itu pun berkata kepada lelaki itu, saya benci kamu. Tahniah kepada lelaki itu kerana gadis itu masih mengingati lelaki itu selama 20 tahun.”
Gadis itu bertanya orang bijiak: “Jadi apa yang berlainan makna dengan kasih?”
Orang bijak berkata: “Senang sahaja! Ia hanya dirumitkan oleh manusia! Makna lawan untuk kasih bukan benci, ia adalah tidak kasih.”
Putus cinta mengingatkan bahawa kita perlu mengalih kasih dari bekas kekasih kepada diri sendiri dan memberi kasih kita kepada orang yang tahu menghargai kita. Benci hanya menyebabkan jiwa kita kosong. Hanya menghargai diri sendiri dapat mengubah kamu menjadi orang yang lebih baik.
Sumber artikel:伍咏光《爱,要勇敢——恋爱的心理分析》,突破出版社