Di kaki Banjaran Rocky, Kanada, terdapat satu bandar kecil yang indah. Jawatankuasa Pengurusan Bandar mengupah seorang pengurus untuk membersihkan sampah, ranting, dedaun dari aliran sungai. Selain itu, kerja-kerja pengalian tanah yang menghalang aliran sungai juga dilakukan supaya air dapat mengalir dari gunung hingga ke bandar kecil itu. Pemandangan di sana bukan sahaja mengagumkan malah ia bagai memberi harapan kepada bandar kecil itu. Ia juga menjadikan bandar kecil itu sebagai destinasi pelancongan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Selepas beberapa tahun, bandar tersebut menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Bandar yang baru untuk mengaji bajet tahunan. Salah satu ahli jawatankuasa berkata: “Siapakah pengurus itu? Tiada orang yang nampak sumbangannya. Kita tidak memerlukan pengurus ini!” Oleh itu, pengurus itu pun dipecat. Tiada apa-apa perubahan yang berlaku pada beberapa minggu pertama. Namun begitu, apabila tiba musim luruh, dedaun dan ranting yang terkumpul di dalam sungai, menghalang aliran sungai dan menyebabkan air menjadi keruh. Tanah yang terkumpul di tepi sungai juga mengeluarkan bau yang busuk. Burung dan pelancong tidak lagi datang ke bandar kecil itu dan pelbagai penyakit melanda penghuni bandar itu.
Jawatankuasa Pengurusan Bandar hanya tersedar kesilapan mereka pada masa itu dan mengupah semula pengurus itu. Selepas beberapa minggu, sungai itu menjadi bersih dan mempunyai kehidupan lagi.
Hati kita juga memerlukan seorang pengurus yang rajin, sentiasa memerhati, membersihkan kekotoran supaya jiwa kita bersih dan dapat menyebarkan keharuman kepada orang di sekeliling kita.
Ciptakan hati yang bersih dalam diriku, ya Allah, dan pulihkan semangat waja dalam jiwaku. (Mazmur 51:10)
Sumber artikel:《爱的力量:积极人生馆》,蒲公英希望基金会