Putus Cinta 

Orang yang berlainan mempunyai pengalaman dan kesan yang berbeza akibat putus cinta.

Reaksi yang Berbeza Akibat Putus Cinta

Setiap orang mengalami putus cinta dengan emosi dan psikologi yang berbeza. Ada orang yang ‘balik ke normal’ selepas beberapa hari. Ada pula yang mengalami kesengsaraan untuk beberapa bulan, bertukar menjadi ciptaan baru dan mencari kekasih baru selepas itu. Ada pula yang memerlukan setahun, dua tahun atau beberapa tahun untuk mengembumikan cinta lama, mencari balik keyakinan diri dan memulakan hidup baru. Yang menyedihkan ialah, ada segolongan orang yang tidak dapat melupakan bekas kekasih untuk seumur hidup.

Kita perlu faham bahawa setiap orang berdepan dengan putus cinta dengan reaksi dan emosi yang unik. Jangan menafikan perasaan dan pandangan orang lain. Ini adalah kerana setiap orang mengalami cinta dan putus cinta yang berbeza.

Mengenal Diri Sendiri dengan Lebih Baik

Putus cinta membolehkan kita mengenali diri sendiri dengan lebih baik. Kita boleh merasai perasaan dibebaskan dari penderitaan, mengenali persahabatan, hubungan ahli keluarga dan rahamt Tuhan. Ini juga peluang untuk kita menjadi ciptaan yang baru. Ia menjadi kita lebih kuat dan membolehkan kita menghadapi hubungan atau membawa kebaikan kepada hubungan perkahwinan pada masa hadapan. Oleh itu, putus cinta bukan sahaja menyebabkan kehilangan. Kita juga membolehkan kita mengenali diri sendiri dengan lebih baik dan memperolehi pengalaman yang bernilai.

Untuk mengatasi penderitaan akibat putus cinta, kita mesti belajar: 1. Menerima kehilangan sebagai sebahagian hidup; 2. Menikmati hubugan dan persekitaran yang sedia ada; 3. Berani untuk mengambil risiko dan berkomitmen; 4. Mengendalikan perubahan dalam hidup. Putus cinta boleh membinasakan hidup atau membina hidup baru. Jangan mensia-siakan akibat yang dibawa oleh putus cinta.

Sumber artikel:《失恋好痛》
Penulis:马妙如

About the author