Wanita yang Mudah dilamun Cinta Internet 

Wanita dengan mudah dilamun cinta selepas berkenalan dengan lelaki di internet. Faktor yang menyebabkan wanita dilamun cinta internet adalah tidak memahami lelaki dan sifat semulajadi wanita. Wanita biasanya sudi memberi kesemuanya, terutamanya apabila terjumpa dengan orang yang disukai, dia akan memberi kesemua semangatnya kepadanya. Wanita akan terbayang situasi berpacaran dengan lelaki yang disukai, dan sesetengah bayangan akan menjadi lagi sempurna selepas dihias oleh fikirannya. Apabila lelaki menyapa atau satu pergerakan yang mesra akan menambah keyakinan wanita: “Ya, dia ialah lelaki idaman saya! Dia adalah satu-satunya cinta saya! Dia adalah saya punya segala! Dia adalah begitu sempurna, kami memang pasangan yang padan!” Pada saat itu, dia sudah dilamun cinta dengan sepenuhnya, dan tidak peduli akan diri sendiri. Dengan emosi sebegini, dia akan membalas segala perbuatan lelaki, seolah-lah dia sudah mendapat apa yang diingini, dan sangat puas hati. Namun begitu, balasan mesranya akan menyebabkan lelaki berasa tiada keperluan untuk terus berusaha, dan wanita tidak lagi mempunyai daya tarikan.

Apabila seorang wanita mencurahkan kesemuanya kepada lelaki, dia akan terjerat dengan pelbagai persoalan: “Oh, dia sangat baik! Dia sangat sempurna! Apa yang boleh saya lakukan untuk menjadi sepadan denganya? Adakah saya layak dicintai olehnya? Apa yang boleh saya lakukan untuk mendapat kasih sayangnya? Saya perlu membuat sesuatu untuknya. Tetapi, apa yang boleh saya lakukan? Bagaimana untuk memastikan dia juga mencintai saya? Bagaimana menjadikan diri sendiri lebih menawan?” Oleh itu, wanita akan cuba menarik perhatian lelaki. Sebaliknya, lelaki akan bertukar dan berasa wanita itu tidak lagi menarik.

Wanita yang bijak tidak akan berbuat begitu. Walaupun dia sedang berpacaran dan mencintai lelaki itu, dia akan teringat bahawa: meskipun lelaki itu lelaki idaman dan dia sekarang tidak memerlukan lelaki lain, tetapi hubungan mereka belum sampai ke satu tahap; dia masih bukan pengakhiran hubungan mereka untuk sekarang. Dia sentiasa mengingatkan diri: kita masih berada di tahap berpacaran, dan dia mungkin akan tercinta wanita lagi! Fikiran yang waras ketika berpacaran dan mengenali tahap berpacaran dapat membantu pasangan yang sedang bercinta.

Sumber aritkel:约翰•格雷著,白莲译《男人来自火星,女人来自金星》,中华工商联合出版社

About the author