Bagaimana Membantu Anak Menunaikan Impian? 

Biasanya orang dewasa menjamin kepada anak-anak yang masih kecil: “Kamu boleh buat apa-apa sahaja apabila kamu sudah besar!”. Kita akan berasa anak amat comel apabila mereka berkata mereka ingin menjadi angkasawan, doktor atau pemain piano. Malah kita akan mengusap-usap kepala anak dan berkata: “Kamu pasti akan berjaya kerana kamu sangat bijak.” Namun, kebanyakkan orang dewasa tidak bersetuju apabila seorang remaja berkata dia ingin menjadi pemain papan salji yang profesional atau pemain gitar. Orang dewasa berpendapat pekerjaan itu tidak stabil dan adalah lebih baik untuk mencari pekerjaan yang realistik. Apabila anak-anak ingin menjadikan impian itu kenyataan, ibu bapa pula menjadi orang yang melawan dan menghancurkan impian anak.

Kita perlu tahu bahawa masa depan anak-anak tidak dapat ditentukan oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu mengambil kira bakat dan impian anak dan menolong mereka menjadikan impian itu kenyataan. Hadiah paling baik yang diberikan kepada anak adalah memberitahu mereka: “Tuhan telah memberikan kamu bakat yang istimewa untuk tujuaan tertentu. Ibu bapa pula bertanggungjawab untuk mencungkil bakat serta kemahiran kamu.” Apabila anak-anak sudah matang, kita boleh mendorong mereka dari segi pendidikan dan arah kerjaya.

Berikut adalah lapan cara yang boleh menolong anak menyatakan impian:

  1. Menolong anak memikir impian sendiri dengan teliti dengan bertanya kepada diri sendiri:
    • Mengapa saya mempunyai impian sebegini? Apakah persediaan yang perlu saya buat untuk menyatakan impian ini?
    • Apa yang boleh saya lakukan untuk menyumbang kepada masyarakat?
    • Adakah orang lain akan mendapat kebaikan apabila impian saya ternyata?
    • Apakah yang paling penting bagi saya? Adakah saya sudi mengorbankan apa yang penting untuk menyatakan impian?
  2. Belajar mendengar impian anak dan tidak terus membantah walaupun ia mungkin tidak begitu realistik.
  3. Menggalakkan anak mencari pekerjaan yang diminati pada cuti sekolah. Terdapat syarikat yang menawarkan pelajar peluang pembelajaran.
  4. Anak-anak boleh cuba membuat Ujian Aptitud untuk mengenali potensi dan bakat sendiri. Ini akan menolong mereka membezakan pekerjaan yang sesuai atau tidak sesuai untuk diri sendiri.
  5. Membimbing anak untuk menilai kelebihan dan kelemahan sendiri. Menilai kejayaan sendiri dengan objektif.
  6. Mencadangkan anak-anak untuk menjawab soalan berikut:
    • Tuliskan tiga perkara yang digemari: Menjahit? Matematik? Menolong orang lain menyelesaikan masalah?
    • Tuliskan tiga perkara yang anda ingin cuba.
    • Tuliskan tiga hobi yang kamu suka.
    • Tuliskan tiga teknik yang kamu ingin belajar.
  7. Mencadangkan anak mengajukan soalan beriktu kepada orang dewasa yang dipercayai:
    • Apa bakat istimewa yang kamu dapati pada saya?
    • Dari segi manusia, haiwan dan mesin, pekerjaan apa yang anda rasa saya lebih layak menangai? Sila berikan contoh.
  8. Menerokai masa hadapan dengan tulus bersama anak. Menolong mereka menemui matlamat dan rancangan hidup.

Pengaruh ibu bapa terhadap anak bukan boleh disebut dalam sepatah dua perkataan. Kita boleh menggunakan kebijaksanaan untuk memimpin mereka melangkah ke masa hadapan dengan keyakinan. Marilah kita berusaha menjadi orang yang menolong anak untuk mencapai impian.

Penulis: 皮凯西 Diterjemah oleh: 周明仪

About the author