Bagaimana Bercakap dengan Anak tentang Seks? (Glenn Williams) 

Soalan: Bagaimana bercakap dengan anak saya yang berada di Tingkatan 5 tentang seks?

Bagi mengelakkan berbual tentang topik seks, ibu bapa biasanya akan membiarkan sekolah atau ahli pakar untuk mengendalikan topik ini. Namun begitu, ramai ibu bapa tidak sedar bahawa apa yang mempengaruhi sikap anak mereka secara langsung adalah kerapatan hubungan di antara ibu bapa dan anak serta harapan yang ditaruhkan pada anak. Di dunia ini, tiada orang lain yang lebih memahami anak berbanding ibu bapa dan tiada seorang ahli pakar yang boleh menyampaikan nilai peribadi ibu bapa dengan menyeluruh.

Apa yang paling penting semasa berkomunikasi dengan anak adalah biarkan mereka merasai kasih sayang ibu bapa. Kasih sayang ini dapat menolong mereka untuk membentuk hubungan silaturahim yang sihat sesama manusia. Semua anak mempunyai sikap yang berbeza dan mereka akan menerima ajaran kita dengan berbeza. Contohnya, kita perlu menanya lebih banyak soalan yang berinspirasi apabila berdepan dengan anak introvert. Apabila berdepan dengan anak ekstrovert, disiplin diri merupakan fokus utama dalam perbincangan. Oleh itu, kita perlu menggunakan cara yang berlainan dan mengambil kira sifat anak untuk mengajar mereka agar mereka bertumbuh dengan sihat dari segi fizikal, mental dan rohani. Kesimpulannya, ibu bapa merupakan watak yang paling sesuai untuk memberi pendidikan seks kepada anak.

Perbualan harian merupakan cara yang paling mudah untuk berbual dengan anak tentang seks. Adalah paling baik untuk ibu bapa memberitahu anak-anak tentang situasi yang akan berlaku ketika akil baligh sebelum anak-anak mengalami akil baligh. Ibu bapa boleh memberitahu anak mereka tentang krisis yang mungkin dialami oleh remaja seperti mensyaki harga diri, gelisah dengan rupa paras, berasa diri tidak setanding orang lain dan berasa kekosongan. Ibu bapa perlu menjelaskan kepada mereka bahawa ini hanya perasaan sementara.

Satu lagi cara yang bijak untuk adalah berbincang dengan anak tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan dan apa yang akan berlaku ketika akil baligh adalah ketika mereka masih kanak-kanak. Bagi anak lelaki, kita boleh berbincang tentang perubahan suara, mimpi basah dan sebagainya. Pada masa yang sama, ibu bapa juga boleh menyalurkan nilai moral yang tepat, contohnya, perkahwinan dan kelahiran dan peraturan ketika berpacaran. Kita juga perlu menggalakkan mereka cara menghadapi tekanan rakan sebaya. Mereka boleh mempunyai nilai yang berbeza dengan rakan sebaya. Anak remaja pasti akan mempunyai pengalaman yang menakutkan jika ibu bapa tidak memberi pendidikan seks kepada anak dan membiarkan mereka menghadapi akil baligh bersendirian.

Sumber artikel : Focus Family

About the author