Hati Anak Terluka apaibla Direndahkan 

Ramai remaja bermasalah sebenarnya berpunca daripada ibu bapa yang bermasalah. Apabila memerhati proses pertumbuhan mereka dengan teliti, kita akan mendapati bahawa masalah tingkah laku remaja adalah berkaitan dengan ibu bapa yang tidak tahu menghormati anak-anak mereka.

Setiap orang harus menulis pernyataan berikut di atas kad dan membacanya beberapa kali setiap hari: semakin kita meremehkan seseorang, semakin mudah kita merendahkan mereka dalam kata-kata atau memperlakukan mereka dengan sikap yang tidak menghormati.

Dalam kajian terhadap lima ribu orang dewasa, didapati bahawa perkara yang paling tidak disukai oleh mereka semasa remaja adalah kritikan ibu bapa terhadap mereka. Ibu bapa yang tidak menghormati anak-anak mereka selama bertahun-tahun boleh menyebabkan akibat yang serius. Terdapat ibu bapa yang menyatakan bahawa mereka terkejut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila melihat kelakuan anak-anak mereka yang tidak bermoral; ada juga ibu bapa yang amat terkejut apabila mendapati anak-anak mereka terjebak ke dalam kancah penagihan dadah atau perbuatan lain yang tidak baik.

Sering kali, tanda-tanda masalah tidak kelihatan pada remaja yang bermasalah ketika mereka masih kecil. Namun, dengan memerhati proses pertumbuhan mereka, kita akan mendapati ibu bapa yang merendahkan anak-anak akan menyebabkan masalah tingkah laku di kemudian hari. Berikut adalah beberapa tanda yang hanya akan muncul semasa remaja bahkan dewasa, yang menunjukkan anak-anak tidak dihormati sejak kecil:

  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Berbohong
  • Penangguhan kerja
  • Mementingkan diri sendiri
  • Gila kerja
  • Emosi yang tidak stabil dan sering tidak hadir ke kelas
  • Merendahkan diri
  • Kesihatan fizikal dan mental yang tidak sihat
  • Antisosial
  • Masalah seksual dalam perkahwinan
  • Kemerosotan akademik
  • Mudah hilang kawalan
  • Masalah jantung yang berkaitan dengan tekanan
  • Homoseksualiti
  • Berasa sunyi
  • Kecenderungan membunuh diri
  • Tidak dapat membuat penilaian apabila memilih pasangan hidup
  • Bipolar
  • Tidak dapat membuat keputusan yang besar
  • Pencapaian kerjaya yang lebih rendah
  • Tidak bersemangat menyelesaikan kerja
  • Menyalahkan diri sendiri
  • Mudah terperdaya dengan ajaran sesat
  • Mempunyai harapan yang tidak realistik terhadap diri sendiri dan orang lain
  • Gangguan makan

Cara yang terbaik untuk mengelakkan masalah ini adalah dengan menghormati mereka. Mereka perlu merasai diri sendiri dihormati, disayangi dan diterima. Apabila anda belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan mereka, mereka merasa disayangi dan dihargai, ia akan membantu anda memerangi masalah yang mungkin tertimbul di masa depan.

Sumber artikel:Focus Family

About the author